Royalti minyak Terengganu dikembalikan Mac 2011
KUALA TERENGGANU 13 Dis. – Royalti hasil petroleum di Terengganu akan dikembali kepada kerajaan negeri mula Mac tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, pihaknya telah diberi jaminan berhubung perkara tersebut hasil beberapa siri rundingan yang telah dijalankan.
Kata beliau, pembayaran itu dibuat dengan mengambil kira kaedah bentuk asal di samping wang yang telah disalurkan oleh kementerian-kementerian kepada negeri-negeri.
“Setelah berunding, itulah janji yang diberikan, iaitu pada Mac 2011,'' katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Ru Rendang) pada Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini.
Ahmad berkata, selain royalti tahunan dikembalikan Mac depan, jumlah yang masih tertunggak juga akan dijelaskan kepada kerajaan negeri secara berperingkat-peringkat. - Utusan
P/S:-Nampaknya tarikh PRU13 dah makin cerah.Adakah ini perkara benar atau hanya sekadar mainan polotik UMNO dan BN?
Bukannya apa,sekarang ni katalah kerajaan BERJANJI nak pulangkan balik apa yang telah menjadi hak rakyat Terengganu.Ini semasa BN pegang kerajaan negeri.Kalau lepas Pru13 esok,seandainya PR ambik alih negeri tu apa pulak yang akan terjadi?
Sebelum ni pun ROYALTI telah lama diserahkan pada Kerajaan Terengganu.Ianya hanya berubah apabila PAS mengambil alih kerajaan negeri.Adakah cerita sama akan berulang?
BESAR KEMUNGKINAN!
No comments:
Post a Comment