Tolak pembangkang cuba rosakkan pelaburan negara
KOTA BAHRU 18 Dis. - Rakyat perlu menolak pemimpin pembangkang yang cuba merosakkan iklim pelaburan negara ekoran pelbagai tindakan mereka sejak kebelakangan ini yang boleh menggugat kehadiran pelabur asing ke dalam negara, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Katanya, tindakan mana-mana pemimpin yang sengaja memburukkan negara dengan cuba mencetus keadaan huru-hara di samping menabur pelbagai fitnah, adalah suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Seminar, Pameran dan Klinik Usahawan anjuran Gabungan Muda Berjaya di sini, hari ini beliau berkata, seluruh rakyat tidak mahu negara luar menganggap Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak selamat ekoran perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.
Beliau berkata, hasil pelbagai pembaharuan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini rakyat Malaysia sudah mula menunjukkan semangat untuk bekerjasama berganding bahu bagi memajukan negara.
P/S:-Apabila sesuatu perkara yang berlaku,pihak kerajaan akan dengan pantasnya menuding jari kearah pakatan pembangkang.Ini kami kira perkara biasa dalam politik.
Tetapi kenapa pelaburan dalam negara lain yang lebih maju tidak ada yang bertambah negatif?Tidak adakah pembangkang yang kuat di negara-negara tersebut?
Ceritanya begini.Kiranya kita hidup berjiran,kita akan berkunjung ke rumah jiran kita untuk bertanya khabar atau bersua muka.Tapi kalau dari jauh kita dengar yang jiran kita kita sedang bergaduh suami isteri atau dengan anak-anak,adakah kita terus masuk ke dalam rumah tersebut?
Dan sekiranya kita sudah duduk dalam rumah tersebut.Tiba-tiba ada pertengkaran berlaku dalam keluarga itu,adakah kita akan terus berdiam diri di situ dan terus menjual Kain Batik yang kita bawa?Lebih baik kita balik!
Jadi,kejadian seperti Rampasan Kuasa di Perak,Pertuduhan Pembunuhan Altantuya,Pelaksanaan Berterusan ISA,Pembelian Kapal Selam(yang tak boleh menyelam) dan berbagai lagi,tidakkah ia membawa imej yang tidak baik kepada negara kita?
Siapa punya kerja ni?
No comments:
Post a Comment