Wednesday, January 5, 2011

Percayalah lagi!!!

Kabinet putus tiada kenaikan harga minyak masak

PUTRAJAYA: Kabinet dalam mesyuarat mingguannya hari ini memutuskan tiada kenaikan harga minyak masak dan meminta orang ramai menghentikan segera pembelian panik.

Mengumumkan demikian di sini sebentar tadi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga menafikan dakwaan harga barangan itu akan naik sebelum perayaan Tahun Baru Cina ini.

P/S:-Dah lama tak menulis.Bukan apa,sibuk dengan bukak sekolah,mana nak bayar yuran,beli peralatan sekolah,dan berbagai-bagai lagi.Tiba-tiba minyak NAIK LAGI!!!!

Rasa memang dah lama marah dengan pentadbiran yang hanya bijak dalam MENDAHULUKAN RAKYAT.Tapi suara kecil seperti kami ini kurang dapat perhatian di tempat-tempat tertentu.Tambah pulak di Jerantut.

Jerantut ini amat istimewa keadaannya.Di sini KETUANAN MELAYU DIJULANG TINGGI.Dapat dilihat dari segi PEMILIKAN HARTANAH dan juga PERNIAGAAN.Sangat ramai orang MELAYU di Jerantut memilik tanah-tanah sekitar bandar Jerantut.Dan ramai juga Orang MELAYU memiliki Premis Perniagaan yang di kawasan yang cantik dan tersusun.Jadi perjuangan UMNO Jerantut untuk mempertahankan HAK dan TANAH orang MELAYU di Jerantut SSSAAANNNGGGAAAT BERJAYA!Tahniah UMNO Jerantut!

Dan untuk permulaan tahun ini,rakyat telah DIHADIAHKAN dengan kenaikan harga minyak PETROL.Dan Pak Menteri telah berjanji yang harga MINYAK MASAK tidak akan naik.Serupalah macam JANJI Pak Menteri yang mengatakan HARGA PETROL tidak naik tahun lepas.Dan PASTINYA harga barangan LAIN seperti minyak masak tidak akan naik walaupun harga PETROL naik untuk kesekian kalinya!

Tunggu aje lah!!!!!!

1 comment:

SPU said...

Salam,
blog SPU sebagai blog aggregator di Jerantut masih belum dilinkkan di sini, sekiranya ini masih berterusan akan SPU tidak akan lagi link-kan blog ini disana juga. Kita harap dalam masa seminggu mencukupi untuk me-link-kan blog SPU disini.