Jangan persoal hak Bumiputera
KUALA LUMPUR - Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Badruddin Amiruldin mengejutkan perwakilan dan pemerhati Perhimpunan Agung UMNO semalam apabila beliau menyampaikan ucapan peringatan dalam bahasa Hokkien, yang menekankan perlunya tiada persoalan terhadap keistimewaan Melayu, termasuk 30 peratus ekuiti Bumiputera.
Ucapan yang melucukan, tetapi mempunyai mesej jelas itu, nampaknya ditujukan khas kepada Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi.
Sambil melihat tulisan atas kertas di hadapannya, Badruddin berucap ringkas dalam bahasa Hokkien, yang kemudian diterjemahkan ke Bahasa Melayu.
Sebagai sebuah pasukan dalam Barisan Nasional (BN), katanya, hak 30 peratus ekuiti Bumiputera itu yang digariskan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak patut dipersoalkan.
“Soi Lek, kita semua kawan. Saya nak beritahu 30 peratus (ekuiti) jangan ganggu.
“Kami bagi orang Cina, orang Melayu dan orang India kongsi itu 100 peratus,” katanya.(Cerita lanjut di sini)
P/S:-Sebelum ini dalam beberapa ucapan pemimpin UMNO telah menyebut supaya tidak ada ucapan dan tindakan yang mempertikaian atau mempersoalkan hal-hal perkauman.
Tapi kali ini,masih ada lagi berbunyi tentang hak dan kepunyaan sesuatu bangsa(dalam hal ini bangsa Melayu).Mungkin ini adalah gurauan sesama parti dalam BN atau mungkin juga sindiran pada Presiden MCA oleh Pengerusi Tetap UMNO.Kita tidak pasti sebenarnya.
Tapi yang jelas,tidakkah UMNO sedang bermain "api perkauman"?Bukankah mereka pernah menuduh bahawa Parti pembangkang banyak menimbulkan isu perkauman sebelum ini.padahal merekalah yang sebenarnya bermain ISU ini yang nampaknya sentiasa meniti di bibir-bibir PEMIMPIN UMNO?
Jadi apakah dia semua ini?Adakah ia cuma gurauan SEMASA?
No comments:
Post a Comment