GUA MUSANG 26 Okt — Gua Musang menjadi jajahan pertama di Kelantan menerima perkhidmatan melayari internet tanpa wayar secara percuma melalui program “Kampung Wifi” melibatkan 30 buah kampung dalam jajahan itu.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri, Dr. Rais Yatim berkata, selaras dengan usaha kerajaan memberi kemudahan itu kepada semua lapisan masyarakat termasuk di luar bandar, kementeriannya akan melaksanakan Kampung Wifi secara berperingkat dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata perkara itu sudah dirancang lebih awal lagi kerana kerajaan mahu rakyat di semua peringkat sama ada di bandar atau luar bandar menikmati kemudahan terbabit secara sama rata.
(Sumber dari sini)
P/S:-Beruntung sungguh rakyat Kelantan,nak-nak pulak di Gua Musang.Kampung-kampung di Gua Musang akan menjadi Kampung WIFI pertama di Kelantan.Tapi kenapa hanya sebut di Kelantan?Sebelum dari ini,sudah adakah Kampung atau Kawasan WIFI lain di negeri lain?
Beginilah UMNO dan BN setiap kali adanya PRK walau di mana sekalipun di tanah Melayu ini.Ada sahaja BENDA baru yang akan di bawa untuk dijadikan BAHAN kempen semasa PRU ni.Hari tu punya UNIVERSITI kat Manik Urai dah siap ke weh? Bila nak rasmi pembukaannya?Tunggu PRK yang lain pulak ke?
Tapi nampaknya,negeri yang dikuasai pembangkang lebih beruntung.Ini kerana mereka lebih mendapat perhatian berbanding tempat yang dikuasai BN.Jadi apa signifikannya?Ramai-ramailah kita menyokong pembangkang.Nescaya hidup kita akan lebih bermakna!!!!!!
1 comment:
Begitulah cara UMNO dalam memenangi hati rakyat.Mereka terus menggunakan kelebihan mereka memegang tampuk pemerintahan dalam terus memperbodohkan rakyat bawahan.Tapi berdoalah kita kita supaya rakyat terus sedar dan tidak lagi tertipu.
Post a Comment