Friday, October 22, 2010

Amaran dari Najib??????

BIAR HILANG NYAWA

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan dan hak Melayu dilindungi sepenuhnya serta “terkunci kemas” dalam Perlembagaan Persekutuan tanpa dapat digugat lagi dan kenyataan ini wajar diterima semua kaum di negara ini.

Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, asas berkenaan adalah kontrak yang dimuafakat bapa-bapa pengasas yang mewakili semua kaum ketika negara di ambang kemerdekaan.

“Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis (Raja-Raja) yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu.

“Dalam kata lain, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit. Sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2010, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Ketika menyampaikan ucapan bertemakan “Mendaya Bangsa Meneraju Kemakmuran” itu, Najib dengan tegas berkata, tindakan pihak tertentu yang kini mempersoalkan kedudukan Melayu sebagai bangsa yang dilindungi hak-hak tertentu, ternyata telah menimbulkan rasa kegusaran dan tidak puas hati terhadap bangsa Melayu yang terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya.

Cerita lanjut di sini......

P/S:-Kalau melihat apa yang dikata oleh PM merangkap Presiden UMNO ini banyak yang boleh kita fahami.Antaranya ialah:-

i)Apabila parti mana memerintah sekalipun,hak dan keistimewaan orang Melayu dan Islam tidak akan tergugat selagi RAJA-RAJA Melayu tidak memperkenankan perubahan (sebarang perubahan) dari berlaku.Jadi kedudukan Bangsa Melayu akan tetap SELAMAT walaupun PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan.

ii)Atas dasar ini,kita perlu faham bahawa,bukan UMNO lah sebenarnya yang memperjuangkan BANGSA MELAYU,cuma RAJA-RAJA lah sahaja yang BENAR-BENAR mempertahankan MELAYU.BUKAN UMNO!!!!!Kalau kiranya UMNO di tadbir oleh orang yang PECAH AMANAH seperti MUHYIDDIN YASSIN(yang telah menjual BANYAK tanah MELAYU di Johor semasa beliau MB negeri tersebut!)maka tiada maknanya UMNO sebagai pemimpin!

iii)Dan kita perlu faham bahawa,UMNO tidak perlu bersusah payah memperjuangkan bangsa MELAYU kerana hal itu telah dijamin dalam perlembagaan.Dan mereka boleh terus mengaut keuntungan untuk diri sendiri,bukan untuk orang melayu!!!!!

No comments: