KUANTAN - Jika sebelum wujudnya Lebuh raya Pantai Timur (LPT), sesiapa yang memandu dari arah Pantai Timur ke Kuala Lumpur, pastinya tidak akan terlepas pandang melihat keindahan dan ketenangan semula jadi Tasik Paya Bungor dekat sini.
Lokasinya yang terletak di tepi jalan utama antara Maran ke Kuantan itu cuma memakan masa 10 minit jika berkereta dari jalan keluar LPT di Gambang.
Suatu ketika dahulu, Tasik Paya Bungor dikenali salah sebuah kawasan rekreasi yang popular dan menjadi pilihan pelancong sama ada penduduk tempatan mahupun dari luar untuk menikmati keindahan alam flora dan fauna yang masih tidak dicemari.
Malah, pada 1996, semasa Pahang menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma), Tasik Paya Bungor dijadikan tempat berlangsungnya acara sukan air seperti berkayak dan lumba perahu.
Terdapat juga pelbagai kemudahan penginapan dan infrastruktur yang disediakan untuk pengunjung seperti chalet, surau, deretan kedai makan, tandas awam dan tempat berehat bagi pengguna jalan raya yang ingin berehat setelah penat memandu atau bersantai.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Tasik Paya Bungor menjadi kawasan rehat dan rawat (R&R) kepada pemandu jarak jauh dari Kuantan ke Kuala Lumpur dan begitu juga sebaliknya.
Namun kini, segala keindahan dan kedamaian Tasik Paya Bungor bertukar sepi dan suram.(Cerita lanjut di SINI)
P/S:-Dah macam-macam cerita yang keluar dalam 2,3 tahun selepas PRU yang lepas.Banyak sekali cerita pembangunan,kemajuan dan juga berbagai-bagai lagi cerita lain.Dan banyak juga antara cerita-cerita tersebut akhirnya berakhir dengan SENYAP SUNYI....
Antaranya adalah cerita seperti di atas ini.Kerajaan negeri Pahang nampaknya akan berdepan satu lagi PROJEK PEMBANGUNAN yang nyata akan membawa UNTUNG kepada sesetengah pihak.
Tasik Paya Bungor seingat saya telah pernah cuba dimajukan oleh beberapa PEMAJU dengan bantuan dan galakan dari kerajaan negeri.Tetapi sehingga kini ianya masih mengalami nasib yang sama seperti sebelum ini.Apa yang saya bimbang,ianya akan tetap begitu tanpa perubahan yang positif.Ianya hanyalah alasan untuk memberi KEKAYAAN kepada KAWAN-KAWAN yang akhirnya hanya merugikan kerajaan negeri dan rakyat di Pahang ini.
Perlu diingat yang kerajaan NEGERI PAHANG telah mengalami DEFISIT dalam BERPULUH-PULUH kali BELANJAWAN NEGERI sebelum ini.Jangan diulang kesilapan dan kerugian yang sama.Kalau Penang boleh bagi BONUS,kenapa kerajaan PAHANG yang banyak balak tak dapat bagi?Sudah habis di sapukah semua balak itu????????
1 comment:
saya setuju dgn komen tuan , kita bukan tak mahu pembangunan tapi selalunya projek pembangunan dibuat kerana ada sebab lain spt nak balak, bijeh batu atau sbgnya ,selalu terbengkalai pulak tu ...
Post a Comment