Monday, September 27, 2010

Takziah.....

SPR: Pilihan raya kecil untuk DUN Galas

KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya, Che Hashim Sulaiman akibat barah usus.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

(Berita lanjut di sini)

P/S:-Beliau ni dah beberapa kali dimasukkan ke hospital untuk rawatan penyakitnya.Tapi nampaknya umur tak panjang,dan beliau akhirnya semua ahli keluarga,rakan-rakan seperjuangan dan juga saingan.Memandangkan tempoh memegang kerusi masih dikira baru,jadi PRK akan diadakan bagi mencari pengganti di kerusi tersebut.Dan sekali lagi,selepas beberapa PRK telah berlangsung kita akan sekali bertemu di MEDAN PRK yang kami rasa akan mempunyai banyak ERTI samada kepada PR atau BN.Jadi kita tunggu tarikh dan ketika yang akan ditetapkan.Apa-apapun,takziah keluarganya dan Al-Fatihah kepada allahyarham........

No comments: