Friday, September 24, 2010

Pengkhianat RAKYAT???????

Tee Keat kemuka bukti isu nombor plat MCA

SEPANG: Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat, hari ini mengemukakan surat sebagai bukti bahawa beliau telah menolak permohonan tender nombor pendaftaran kenderaan bagi negeri Melaka iaitu MCA1 sehingga 9999 tidak dibuka kepada umum.

Selasa lalu, Kong mengemukakan surat sebagai bukti menunjukkan Setiausaha Sulit Kanan bekas Menteri Pengangkutan itu yang meminta pembukaan tender bagi nombor tersebut dikecualikan.

Semalam, Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan, berkata arahan supaya tender nombor pendaftaran kenderaan tersebut tidak dibuka untuk tawaran umum masih berkuat kuasa. Beliau berkata, JPJ memerlukan arahan baru daripada Menteri Pengangkutan sekarang bagi membatalkan arahan menteri terdahulu untuk membolehkan nombor pendaftaran tersebut dibuka kepada umum.
Tee Keat berkata, sebagai Menteri Pengangkutan, Kong sepatutnya menghubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan jika terdapat sebarang perkara yang didapati tidak jelas dan samar.

"Tetapi sejak beliau mengambil alih jawatan itu, tidak pernah ada sebarang permintaan untuk penjelasan bagi sebarang perkara termasuk isu ini," katanya.

Tee Keat berkata, sebagai menteri juga, Kong berhak dan mempunyai kuasa untuk memansuh atau membatalkan apa sahaja keputusan yang pernah dibuat sebelum ini termasuk kes itu.

Katanya, beliau juga sedang mengkaji kemungkinan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Kong yang menuduh beliau sebagai pembohong berhubung isu itu.

Mengenai kenyataan Solah, Tee Keat berkata beliau memahami kedudukan Solah sebagai Ketua Pengarah JPJ yang perlu mengikut arahan ketuanya.

"Tapi yang saya tak faham kenapa seorang yang berstatus Menteri Persekutuan sanggup berbuat demikian. Bila samar atau tidak jelas, boleh hubungi saya atau membuat kajian sedalam mungkin dan bukan secara sembarangan, buat kesimpulan dan tuduhan liar," katanya. - BERNAMA(Berita lanjut DI SINI)


P/S:-Nampaknya kes tentang nombor PLET 'MCA' ini masih berlarutan.Di sebelah pihak cuba menafikan dengan berbagai-bagai alasan dan sebelah pihak membuat tuduhan tentang pengarahan yang telah diberi.

Di sini dilihat bahawa,apabila SESORANG telah agak lama berkuasa akan terjadilah pebagai salahlaku dan salahguna kuasa.Dan dalam hal ini,perkara sekecil ini juga menjadi perbalahan antara mereka.Mereka JELAS tidak mementingkan RAKYAT bawahan secara keseluruhan.Yang mereka pentingkan hanyalah SEGEROMBOLAN ahli kumpulan mereka sahaja.

Apabila sesuatu pihak mengatakan yang satu pihak lagi pembohong,maka siasatan harus dilakukan.Bukanlah cuma senyap dan buat bodoh sahaja.Tapi ini mungkin biasa pada pihak BERKUASA di MALAYSIA.Bila menyentuh sahaja perlakuan yang dilakukan oleh GOLONGAN MENTERI,maka mereka akan hanya berdiam diri.INIKAH KEADILAN YANG DIMAKSUDKAN?Apakah ini bukti RAKYAT DIDAHULUKAN?

PEMBOHONG BESAR!!!!!!!

No comments: