Wednesday, September 22, 2010

Memo plat khas "MCA" ditolak: Tee Keat


PETALING JAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini berkata, memo mengenai nombor pendaftaran kenderaan “MCA” dikhususkan untuk ahli parti MCA telah ditolaknya pada Mac lalu.


Justeru, kata beliau, isu itu tidak lagi berbangkit. "Saya masih ingat, antara perkara-perkara di bawah perhatian saya yang ditolak termasuk memo ini," katanya ketika ditanya mengenai pendedahan memo berkenaan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, semalam. Mengulas lanjut, Ong berkata, memo itu ditandatangani setiausaha sulitnya ketika beliau sedang bercuti kerana menghadapi masalah kesihatan pada Februari.

Bagaimanapun, katanya, ketika kembali bertugas pada bulan Mac, beliau yang meneliti semula memo tersebut telah bertindak menolaknya kerana tidak bersetuju dengan cadangan itu.

"Selepas itu saya tidak tahu apa yang terjadi dengan memo tersebut," katanya sambil meluahkan rasa terkilan dan kesal dengan tindakan Kong yang mendedahkan memo itu tanpa merujuk kepadanya terlebih dulu.

Ong juga kesal dengan sikap Menteri Pengangkutan sekarang yang seolah-olah mahu memperbesar-besar isu tersebut sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk membatalkan sebarang keputusan yang dibuat menteri terdahulu. - BERNAMA


P/S:-Ada sesetengah orang yang mahu dianggap jaguh kepada sesuatu golongan,tak kira walau di mana tanah sekalipun dalam Malaysia ini.kenapa sampai tahap KHASKAN PLET nombor kenderaan kepada sesuatu kaum sahaja?Besar benarkah mereka ini?

Mungkin mereka sudah mula menunjukkan kuasa mereka yang sebenar.Kini bukan lagi KEPENTINGAN SELURUH RAKYAT yang menjadi keutamaan,cuma KEPENTINGAN sebahagian sahaja yang menjadi buruan!

Tidakkah ini menjadi satu TINGKAH LAKU menyalahgunakan kuasa dan kedudukan?Kenapa mereka-mereka ini sanggup dan mahu berbuat demikian?Mungkin kuasa sudah berada di hujung telunjuk mereka?Atau mereka sudah mahu menjadi MAHARAJA di Malaysia ini?

Tapi yang pasti,dalam BN itu sendiri memang terdapat banyak PERTELINGKAHAN dan PERGADUHAN sesama sendiri.Dan mereka lebih suka berjuang untuk KAUM-KERABAT mereka berbanding untuk orang kebanyakan.

Tapi siapa yang mencetuskan perkara ini?Adakah mereka yang tidak berkuasa?Atau adakah ini salah satu PENINGGALAN KELEMAHAN PM terdahulu dari UMNO?Jangan sedih bila nasi sudah menjadi bubur!

No comments: