Monday, September 6, 2010

Cerita tak kecoh di akhbar!!!!!!


KUALA LUMPUR, 3 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempersoal langkah berdiam diri media-media arus berhubung protes peniaga kecil Melayu di ibu negara.

Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Kecil Melayu (PPPKM) Wilayah Persekutuan hari ini bertindak membantah Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) gara-gara tidak berpuas hati dengan agihan tapak bazar Ramadhan di sekitar Jalan Masjid India.

"Kalau dulu, media-media ini menggambarkan yang Ketua Menteri (Lim Guan Eng) pinggir peniaga-peniaga Melayu Pulau Pinang dari berniaga di Komtar, kenapa diam dalam isu protes peniaga Melayu hari ini," soalnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily.

Kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, jangan disebabkan insiden protes tersebut berlaku di negeri yang diperintah Umno BN, maka media-media propaganda Umo sanggup menggelapkan isu sebenar yang dihadapi oleh rakyat, khususnya Melayu sendiri.

Sambil menganggap langkah berdiam diri media arus perdana sebagai usaha memperbodoh orang-orang Melayu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna PAS Pusat berkata, ianya menyerlahkan sifat munafik Umno dalam memperjuangkan kepentingan Melayu.(Cerita lanjut di sini)

P/S:Ooooo.Macam tu ke cerita dia????Ini kalau masuk dalam media massa,memang syok ni,Tapi apakan daya,cerita macam ni memang takkan masuk media arus perdana punya.

Nak-nak pulak kalau cerita tu akan menggambarkan KETIDAKADILAN UMNO dan KUNcu-KUNCUNYA.
Kalau orang lain buat,mereka akan bising tanpa henti.Ia akan jadi macam lari berganti-ganti.Habis sorang,yang lain pulak yang akan sambung.Tapi kalau kena pada BATANG HIDUNG SENDIRI,dia buat PEKAK BADAK je!

Inikah KEPIMPINAN dan PEMIMPIN yang masih terus diberi harapan dan pegangan segelintir orang MELAYU?Mereka ini patut diajar supaya lebih mengambil berat tentang hal orang MELAYU.Bukan hanya cakap sahaja! Tapi apa nak buat.

Mungkin ada lagi orang MELAYU yang merasakan UMNO sahajalah yang boleh mempertahankan mereka!

No comments: