TAWAU 30 Ogos — Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), Datuk V.K. Liew hari ini diminta menjelaskan kenyataan timbalannnya, Datuk Chin Su Phin yang tidak lagi boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Ketua UMNO Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, penjelasan Liew perlu bagi menentukan sama ada kenyataan Su Phin itu merupakan pandangan peribadi beliau sendiri atau pendirian LDP.
"Jangan jadi parti rojak dengan membiar segala kenyataan yang membabi buta menghentam pengerusi Barisan Nasional (BN). Di manakah setiakawan dan sifat perundingan di meja bulat?
"Tidak wajar beliau (Su Phin) melahirkan kenyataan yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam BN. Seharusnya LDP menyokong pemimpin negeri bukan menghentam membabi buta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sebelum ini, Su Phinn dilaporkan berkata, beliau tidak lagi boleh bekerjasama dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, namun tetap setia dengan Barisan Nasional dan akan terus bekerjasama dengan UMNO.
P/S:-sebelum dari ini berbagai tuduhan telah dilempar terhadap Pakatan Rakyat mengenai hubungan dan kesepakatan antara Parti.tuduhan mereka parti-parti dalam PR tidak dapat bersatu kerana ideologi yang jauh berbeza.
Kini perkara itu adalah seperti MELONTAR bole getah ke dinding.Semakin banyak yang mereka kata,makin banyak yang bergerak semula kearah mereka.Kalau sebelum ni ada KRISIS antara UMNO dgn MIC,kemudian ada krisis UMNO dgn MCA,kemudian pulak ada hal antara UMNO dan GERAKAN.
Sekarang ni UMNO ada masalah pula dengan parti komponen di negeri Sabah,negeri yang boleh digelar FIXED DEPOSIT BN.Biasanya dalam rumah tangga,masalah kecil akan dapat diselesai HANYA dengan perbincangan keluarga.Tetapi kalau dah sampai jiran tetangga semua tau,itu dah kira masalah besar.
Macam mana agaknya hubungan UMNO dgn Parti Komponen dalam BN?Nampak macam tak berapa MESRA?Ataupun Ketua Menteri ni mmg bermasalah?Mana tau tak setuju sebab berebut HARTA sesama sendiri?
No comments:
Post a Comment