KUALA LUMPUR – “Saya pernah berasa terkilan serta kecewa apabila banyak tekanan diterima daripada pihak ketiga yang campur tangan dengan memberi arahan kepada anggota bawahan saya dalam melaksanakan sesuatu siasatan,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menceritakan pengalamannya selama empat tahun memegang jawatan sebagai tonggak keselamatan negara pada sidang akhbar di Ibu pejabatnya di Bukit Aman, semalam.
Beliau berkata, perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku kerana percanggahan arahan boleh menyukarkan lagi tugas yang dijalankan.
“Tindakan ini adalah salah kerana ia tidak selari dengan arahan serta garis panduan yang sudah ditetapkan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Selain itu, kita (polis) tidak mahu orang-orang ini (pihak ketiga) beri arahan yang salah kepada anggota dan pegawai kita. Hanya Ketua Polis Negara dan pegawai kanan polis berhak memberi arahan kepada anggotanya,”katanya semalam(lanjut di sini)
P/S:Setelah banyak teka-teki,banyak tindakan yang telah dilakukan,akhirnya KPN bertukar orang.Maknanya bukanlah KPN sebelum ini seorang yang MAHA HEBAT sehingga disambung kontraknya beberapa kali.
Tapi dalam laporan SINAR HARIAN ini,terdapat satu lagi yang boleh dikira sebagai berita yang AMAT MENARIK!Musa Hassan mengakui bahawa memang pernah berlaku(mungkin juga banyak kali!) anggota polis mendapat arahan lain selain dari KPN sendiri.
Dakwaan ini sebenarnya serius kalau dikaji secara mendalam.Ini bermakna bahawa tindakan yang diambil oleh pihak polis boleh dan selalu dipengaruhi oleh ORANG LUAR!Siapa dia antara ORANG-ORANG LUAR tersebut?Ahli politikkah?Atau ahli perniagaan kah?
Itu masih misteri.Cuma Musa Hassan sahaja yang lebih mengetahui!
No comments:
Post a Comment