* BELUM reda isu doa kesejahteraan untuk Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang, terjadi pula insiden seakan serupa di Selangor. Ada orang bukan Islam masuk dalam ruang solat sebuah surau.
Itu terjadi di Surau Al-Huda, Kajang Sentral, 22 Ogos lalu. Petang Ahad itu, Ahli Parlimen DAP kawasan Serdang, Teo Nie Ching hadir ke surau berkenaan untuk majlis penyampaian bantuan kepada jemaah, demikian akhbar melaporkan.
Seperti yang disebarkan dalam blog di Internet, jelas wakil rakyat wanita itu – boleh tahan juga rupanya! – masuk ke ruang solat untuk berucap. Adakah ucapan ringkas itu boleh dianggap tazkirah?
Kalau itu dianggap tazkirah, satu rekod telah dicipta, sebab ini mungkin pertama kali di tempat kita tazkirah disampaikan oleh orang kafir (wanita pula!) dalam surau pada bulan Ramadan. Boleh masuk Malaysia Book of Records!
Turut dikesali ialah YB wanita itu masuk ke surau tanpa menutup aurat, hanya memakai kebaya yang nampak lengan, langsung tidak menutup kepala. Pelancong asing wanita yang melawat Masjid Negara pun disediakan penutup kepala!
(Ini ialah tulisan TOK PERAK dalam SINAR HARIAN)
Dan ini apa yang kami baca dalam beberapa BLOG lain....
ROSMAH PUN BERUCAP DALAM MASJID TAK TUTUP AURAT
BESUT, 28 Ogos (Bernama) -- Pemimpin Islam dalam pakatan pembangkang diminta menasihati rakan masing-masing terutama dari DAP supaya mematuhi hukum-hukum Islam berhubung penggunaan tempat ibadat seperti masjid dan surau.(Cerita lanjut di sini)
Kalau tengok pada gambar diatas,mungkin orang boleh nafi tidak ada yang bukan muslim masuk ke MASJID ini.Tapi cuba perhatikan,berapa ramai yang TIDAK MENUTUP AURAT?Kenapa tidak ambil tindakan?Adakah kerana STATUS dan PARTI pelaku??Adakah mereka ini tidak diambil tindakan hanya kerana mereka didalam program yang dihadiri oleh ISTERI PM yang juga tidak menutup aurat?
Satu lagi kami nak ulang.Tentang kes doa tu.Sila baca di sini dan sini.Doa untuk bukan Islam supaya menerima Islam satu hal.Tapi BACAAN YASSIN dan SOLAT HAJAT(tentu sekali ADA DOANYA) untuk kemenangan BUKAN ISLAM tidak salah ke?Mana dia ULAMAK UMNO?Kenapa tiada suara dalam hal ni?
No comments:
Post a Comment