Soi Lek diminta buktikan kontraktor Bumiputera amal 'ali baba'
GEORGETOWN: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mahu Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, membuktikan dakwaan kononnya kontraktor kelas F mengamalkan konsep "ali baba" bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.
Timbalan Presiden PKMM, Datuk Mohamed Fadzill Hassan, turut mencabar Soi Lek supaya mengemukakan statistik mengenai kontraktor Bumiputera yang mengalibabakan projek mereka serta jumlah perkongsian tulen perniagaan antara usahawan Cina dan bumiputera.
"Kami mahu bukti yang jelas dan lengkap supaya tindakan boleh diambil terhadap kedua-dua pihak iaitu 'ali dan baba'," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini bagi mengulas kenyataan Soi Lek yang mendakwa kontraktor Kelas F Bumiputera kebanyakannya terus mendapat peluang berniaga sekalipun kurang layak dan kumpulan itu juga sering mengalibabakan projek yang diterima kepada kontraktor lain.
Mohamed Fadzill yang juga Pengerusi Biro Kontraktor Kelas F PKMM, berkata bahawa selama ini hanya "ali" yang dikenakan tindakan digantung lesen selepas didapati bersalah manakala "baba" pula masih bebas menjalankan urusniaga.
"Kami juga mahu Soi Lek mengemukan senarai 'baba' yang terbabit supaya turut dikenakan tindakan undang-undang," katanya.
Mohamed Fadzill turut mempertikaikan kenyataan Soi Lek yang hanya mempersoalkan kredibiliti kontraktor Kelas F sedangkan banyak syarikat besar yang tersenarai dalam bursa Malaysia juga mengamalkan konsep "ali baba"
P/S:-Sebenarnya kalau cerita mcam ni keluar di media arus perdana,maknanya ianya telah menjadi sesuatu yang sangat besar atau kalau kecik pun,nyatalah IA cuba DIPERBESAR-BESARKAN.Yang menegur golongan ALIBABA ni Presiden MCA.Duk dalam BN.Yang mempersoalkan kenyataan dia pulak Timbalan Presiden PKMM,yang pastinya dipegang oleh orang UMNO,juga dari BN.
Jadi nyatalah bahawa sebenarnya ada perkara yang masih menjadi pertikaian dan ianya akan terus berlanjutan sampailah bila-bila.Walaupun kaum kerabat ni telah lama memerintah,bukan semakin cekap dan berintegriti.Jelas sekali adalah makin KORUP dan makin ramai yang cuba mengambil kesempatan tanpa memperdulikan kepentingan orang ramai dan menyalahgunakan kelebihan yang diperolehi.Adakah orang-orang seperti ini yang anda mahu kekal dalam memerintah Malaysia?Fikirkanlah!
2 comments:
Kalau jadi 13 mei sekali lagi apakah orang Pas bantu UMNO atau DAP?
Insyaallah.Apabila ia berlaku,kita akan tahu disebelah mana kami berada!
Post a Comment