Monday, August 16, 2010

Dakwaan bankrap: Felda fail saman fitnah RM200 juta

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memfailkan writ saman malu RM200 juta terhadap enam defendan termasuk akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan, atas dakwaan menyiarkan artikel berbentuk fitnah.

Writ saman dan pernyataan tuntutan itu difailkan melalui Tetuan Hafarizam, Wan dan Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pukul 3.20 petang.

Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings selaku plaintif menamakan Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali; penerbit Suara Keadilan, Pelita Koridor Sdn. Bhd.; pencetak, Percetakan NPK Sdn. Bhd.; editor dan wartawan Suara Keadilan masing-masing sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa, akhbar itu dalam keluaran bertarikh 22 - 29 Jun lalu telah menyiarkan artikel berunsur fitnah dalam berita utama muka depan bertajuk ‘Felda Bankrap’ dan empat lagi artikel berkaitan dalam keluaran yang sama - Utusan

P/S:-Alhamdulillah.Ini cara yang sebenar dalam merungkai permasalahan antara FELDA dengan DAKWAAN muflis yang dibuat oleh Suara Keadilan.

Lepas ni esok,kalau dah masuk mahkamah cerita pun jadi senang.Kedua-dua pihak boleh bagi kenyataan dan bukti yang membuktikan pihak mana yang benar.Itupun kalau cukup dan adil lah!

Kalau dibiar berlanjutan,kesian kat Orang2 FELDA sendiri.Banyak benda nak kena jawab.Jadi cara ini adalah yang paling baik.Mana yang berminat,boleh lah tunggu dan ikuti hasil perbicaraan.

Tapi nanti jangan lah ada pulak bukti yang HILANG ditengah jalan.Contoh macam kes-kes sebelum ni.Rekod perjalanan pun boleh hilang,inikan pulak hal tanam getah dan sawit.Tak tahulah macam mana......

No comments: