CWC MIC kekalkan pemecatan Mugilan - Samy
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC hari ini mengekalkan pemecatan bekas Timbalan Ketua Pemuda V.Mugilan daripada parti, kata Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu.
Beliau berkata, oleh kerana Mugilan gagal menghadiri sesi pendengaran pada mesyuarat CWC di sini hari ini, pemecatannya daripada parti diperakukan oleh CWC.
"Keputusan CWC adalah muktamad,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengenai nasib seorang lagi anggota yang dipecat, G. Kumar Aamaan, Samy Vellu berkata, bekas anggota CWC itu telah meminta diberikan satu lagi peluang untuk didengar kerana beliau tidak dapat hadir pada mesyuarat CWC hari ini.
"Kes beliau (Kumar) masih tertangguh sehingga notis selanjutnya. Beliau mahu diberikan peluang untuk mengemukakan rayuannya kepada CWC,” kata Presiden MIC itu. - Bernama
P/S:-Inilah nasib kalau seseorang pemimpin terlalu lama berada diatas.Dalam PRK Hulu Selangor dulu,Sammy Vellu kata akan letak jawatan kalau BN menang. Memang apa yang dia kata itu BETUL!Memang dia akan letak jawatan.TAPI,bila belum tau!Jadi terus-terusan lah rakyat Malaysia(India terutamanya) dan Ahli MIC ditipu oleh MANUSIA yang BIJAKSANA ini.Tahniah MIC dan BN!
No comments:
Post a Comment