Friday, August 20, 2010

Siasat segera!

“Nurul Izzah derhaka”


BAGAN DATOH - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid hamidi menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sebagai menderhaka kepada negara kerana membuat dakwaan palsu mengenai aset pertahanan negara di mata dunia.

Katanya, semua Ahli Parlimen dan pemimpin politik disaran tidak mempolitikkan isu pertahanan negara dengan membuat kenyataan bercanggah dengan fakta sebenar.

“Sepatutnya sebagai seorang anggota Parlimen harus mempunyai tataetika mengenai sesuatu yang benar mengenai negara tetapi cara beliau memburukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan perbuatan yang amat jijik,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian semasa mengulas tindakan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat laporan polis di Balai Polis Hulu Kelang pada Selasa Nurul Izzah Anwar dan wartawan akhbar Malay Mail, Marhalim Abas berhubung dakwaan kapal selam pertama negara KD Tunku Abdul Rahman tidak boleh menyelam.

Ahmad Zahid berkata, mereka yang membuat dakwaan itu kini terdedah kepada tindakan undang-undang kerana membuat kenyataan palsu.

P/S:-Banyak pulak cerita pasal kapal selam Malaysia yang telah berada di Malaysia untuk beberapa ketika.

Pada kami,segala tuduhan yang dibuat oleh MP Lembah Pantai ini mungkin ada asas.Bak kata orang tua-tua,kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang.Mungkin beliau(MP Lembah Pantai)mendapat maklumat dari sesetengah pihak tentang hal atau keraguan ini.

Jadi untuk mudah bicara,apa kata segala yang dikatakan itu disiasat hingga ke akar umbi.Betul atau tidak,berfungsi atau tidak.Kalau tidak benar,saman aje mana-mana orang yang buat kenyataan tu!Biar dia tau!

No comments: