Wednesday, August 11, 2010
Penipuan?????
GOMBAK – Gerakan Bela Rakyat (Bela) menyarankan kerajaan supaya mengkaji semula polisi insurans yang dikenakan kepada pemandu kenderaan bermotor berusia 20 tahun ke atas kerana ia membebankan golongan berpendapatan rendah.
Pengerusi Gerakan Bela Rakyat, Salahuddin Ayub berkata, golongan berkenaan pasti mempunyai masalah dari segi kewangan kerana mereka boleh dilabelkan sebagai golongan sederhana dan memerlukan pertolongan.
“Kenaikan harga sebanyak 300 peratus ini akan memberi tekanan kepada pemandu-pemandu yang kurang berkemampuan. Lebih dirisaukan, kumpulan-kumpulan yang merungut mengenai dasar polisi ini lebih banyak daripada mangsa saman ekor.
“Perkara ini amat membebankan rakyat, ditambah pula proses permohonan insurans yang menyusahkan, rentetan daripada keadaan ini akan memungkinkan berlakunya pemalsuan insurans dan gejala rasuah,” katanya dalam sidang media di Restoran Taqhwa, Gombak, semalam.
“Kerajaan perlu mengambil berat dan menyusun dasar serta mekanisme terbaik bagi membela nasib golongan sederhana.
“Perlu diingatkan, rakyat tidak sepatutnya dibebankan dengan bayaran mahal dan disebabkan keadaan ini mereka cuba mencari pilihan yang tidak relevan dengan sepatutnya,” katanya.
P/S:-Selama dah merdeka berpuluh tahun ni,banyak perubahan yang telah dilakukan oleh kerajaan.banyak kemajuan yang telah dibawa dan banyak perancangan yang telah dibuat.Tapi mungkinkah ada aspek yang masih ketinggalan?
Pada kami masih ada.Hal INSURANS dalam memiliki Cukai Jalan Kenderaan ini sebenarnya merupakan beban kepada mereka(RAKYAT) yang berpendapatan rendah.
Takkan inipun menjadi masalah besar untuk diselesaikan oleh kerajaan yang CEKAP lagi HEBAT,Barisan Nasional?Jadi nyatalah,rakyat bukan keutamaan mereka!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment