Monday, August 9, 2010

Makan gaji buta????

ADUN Kerdau, Zaharuddin hadiri sidang DUN Pahang

KUANTAN 9 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang sebelum ini dilaporkan kritikal selepas mengalami masalah buah pinggang dan jantung, menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di sini hari ini.

Zaharuddin berkata, beliau kembali semula bertugas sebaik keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 5 Julai lepas.

Bagaimanapun katanya, setakat ini, beliau hanya menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan program penyampaian bantuan di kawasannya.

"Pergerakan saya masih terbatas dan hanya boleh melakukan aktiviti ringan sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita.

Zaharuddin, 63, dimasukkan ke IJN pada 9 Mei lepas setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Beliau dimasukkan ke Hoshas pada 3 April lepas setelah mengadu sakit di bahagian perut. - Bernama

P/S:-Sekarang ni ramai orang,tak kira miskin dan kaya dapat penyakit yang macam-macam jenis.Ini ADUn pun dapat penyakit.Jadi kalau kita ada harta dan kedudukan sekalipun,kita bukanlah kebal dari penyakit.

Yang menjadi pertikaian sekarang ini adalah tentang keupayaan ADUN-ADUN ini bekerja.Dalam Pahang ni dah banyak kes.Dulu pernah sekali ADUN Ketari tak boleh bertugas.Lagi lama daripada ADUN Kerdau ni.Jadi mereka ni adakah dikira menjalankan tugas atau MAKAN GAJI BUTA?

Pada kami,YB-YB yang tak boleh diharap bertugas ni eloklah meletak jawatan sahaja.Jangan duk nak ambik kelebihan sebagai YB tapi kerja tak buat langsung.TAK MALU KE?Tapi kalau BN,memang MUKA TAK TAU MALU agaknya!Sebab tu ramai tak sedar diri!

No comments: