Thursday, July 29, 2010

Wahai rakyat 1 Malaysia,baca sini!

Dr Ling didakwa tipu Kerajaan Malaysia membabitkan RM1.08 bilion

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan menipu Kerajaan Malaysia berhubung skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) membabitkan pembelian tanah di Pulau Indah bernilai RM1.08 bilion lapan tahun lalu.

Dr Ling, 67, didakwa atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan alternatif menipu Jemaah Menteri dengan menyembunyikan fakta dalam pembelian tanah itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya di antara 25 September 2002 dan 6 November 2002.

Hakim Suzana Hussin membenarkan bekas Presiden MCA itu diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 September ini, pada jam 8.30 pagi untuk sebutan semula kes itu.

Dr Ling yang berbaju belang biru putih dibebaskan selepas membayar ikat jamin itu.

Mengikut pertuduhan utama, Dr Ling dituduh memperdayakan Jemaah Menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah itu mengikut terma yang dipersetujui di antara Kuala Dimensi Sdn Bhd dengan Lembaga Pelabuhan Klang.


P/S:-Sapa tak kenal dengan nama PESALAH diatas?Untuk menguatkan kembali MEMORI dan INGATAN tuan-tuan,dia inilah salah seorang BEKAS MENTERI dalam KABINET Tun Mahathir dulu.Ala,bekas Presiden MCA tu lah!

Dia ni kan dulu terkenal sebagai orang selalu bercakap PASAL IKAN BUSUK tu?Ha,yang tu la.'When a fish rots,it starts from the head'.Ingat tak.Jadi sekarang ni MCA tu busuk sebab kes orang atau KEPALA macam ni lah.Sebab tu MCA dan parti lain BN terus busuk sampai sekarang.

Ikat jamin pulak sampai 1 JUTA.Banyak duit kaum-kerabat orang ni????Orang susah apa cerita?

Jadi apa pendapat anda?Ingin terus menyokong BN?SILAKAN!!!!!!

No comments: