ADUN DAMAK GESA PM PECAT PENGAWALNYA
“Dia hanya pengawal (bodyguard) Perdana Menteri, saya ADUN empat penggal!"
Demikianlah kemarahan yang diluahkan oleh ADUN Damak, Lau Lee yang juga Naib Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Pahang, ketika menceritakan pengalamannya menyerah memorandum kepada Najib Razak
Seorang pengawal PM menghalang saya ketika saya ingin menyerah memorandum kepada PM. Dia mencadangkan supaya saya menyerah kepadanya (pengawal PM), tetapi saya bertegas mahu menyerah dengan sendiri," kata Lau Lee.
Dia pula berkata, 'kalau nak, serah kepada saya sekarang, kerana jika pun diserah kepada PM, PM akan bagi kepada saya. Kalau kamu enggan serah kepada saya sekarang, saya akan buang memorandum kamu selepas PM serah kepada saya'," Lau Lee menceritakan bagaimana beliau dilayan oleh pengawal PM, dalam Mesyuarat Agung Tahunan MCA Ngeri Pahang, semalam. – merdeka review
P/S:-Mungkin inilah contoh apabila seseorang TERLALU LAMA memegang kuasa dan memerintah di sesuatu kawasan.Ayat yang digunakan amatlah tidak bersopan.Apatah lagi PM selaku Pengerusi BN lah yang telah memilih nama ADUN ini sebagai CALON dan menang juga atas tiket BN.Tapi mungkin juga dia ni dah jadi macam KADUK NAIK JUNJUNG!Jadi orang DUN Damak,apa tunggu lagi.Singkirkan dia!Kehadiran PM beberapa minggu lepas pun dah macam tak berpa meriah,sebab GENG-GENG ni tak ada sorang pun yang cuba nak rai.Bayangkanlah,bendera PARTI KOMPONEN BN pun tak naik?Mana semangat kesepakatan Barisan Nasional?
No comments:
Post a Comment