Tuesday, July 20, 2010

Kegagalan yang telah dirancang???

Tidak boleh terburu-buru buat keputusan - Puad



GENTING HIGHLANDS 20 Julai - Keputusan mengenai pemansuhan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tidak boleh dibuat secara terburu-buru kerana ia merupakan keputusan besar membabitkan masa depan anak-anak bangsa.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, walaupun ketika ini banyak pihak memberi maklum balas positif kepada pemansuhan kedua-dua peperiksaan umum itu, kerajaan perlu menyediakan perancangan alternatif jika ia benar-benar dimansuhkan.

"Pada saya, isu ini tidak boleh diputuskan secara terburu-buru kerana kita perlu teliti semua pandangan sebab ia melibatkan satu keputusan besar membabitkan sistem pendidikan negara yang melibatkan perubahan besar termasuk dari segi logistik.

"Ia turut membabitkan ibu bapa dan masa depan anak-anak...atau dalam kata lain, melibatkan kualiti pendidikan negara, jadi ia tidak boleh dibuat terburu-buru," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini, hari ini.

Mohd. Puad berkata, dalam membuat keputusan itu, kerajaan juga perlu melihat kemampuan kementerian dari segi penyediaan alternatif atau pilihan lain sekiranya keputusan dibuat untuk memansuhkan peperiksaan itu.

Perbincangan kedua bakal diadakan Selasa depan yang melibatkan ahli akademik, pertubuhan bukan kerajaan, ahli politik serta pihak lain yang berminat dan berkepentingan dalam isu itu. - Bernama

P/S:- Untuk beberapa lamanya negara ini diperintah oleh mereka-mereka yang kononnya amat bijak memerintah,masih terdapat banyak kesilapan yang telah dan biasa berlaku.dalam hal memansuhkan 2 peperiksaan yang telah lama berjalan ini juga,adalah memang perlu kerajaan mengkaji dengan lebih dalam sebelum membuat keputusan.

Pada pendapat kami,hal-hal penting seperti inilah yang akan memperi IMPAK BESAR kepada kemajuan dan kejayaan anak-anak pada masa ini yang mana suatu hari nanti besar kemungkinan akan menjadi pemimpin negara atau negeri.

PROJEK PPSMI yang telah dilaksanakan telah ternyata tidak berkesan mencapai matlamat sebelum ini.Banyak belanja telah dikeluarkan atau dihabiskan dalam perlaksanaan PPSMI yang telah dijalankan tanpa membuat persediaan atau kajian yang menyeluruh.Yang pasti ramai TOKEY yang kaya setelah PPSMI dijalankan.

Tetapi apa kesannya kepada pelajar MELAYU khususnya dan rakyat Malaysia amnya?Inikah namanya perjuangan memperjuangkan Bahasa,Agama dan BANGSA?Mereka cuma bijak mengendalikan bukan membuat perancangan!

No comments: