Tuesday, July 20, 2010

Apa macam?

Pengeluar, peniaga setuju tak naikkan harga makanan dan minuman




PUTRAJAYA: Harga makanan dan minuman yang mengandungi gula di seluruh negara tidak akan dinaikkan, walaupun harga bahan itu naik 25 sen minggu lalu.

Persetujuan itu dicapai dalam pertemuan antara Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan persatuan terlibat, di sini hari ini.

Pegawai penguatkuasa dan pemantau kementerian akan sentiasa memantau harga makanan dan minuman bergula di seluruh negara dari semasa ke semasa dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika mana-mana pihak didapati menaikkan harga, katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Datuk Mohamad Mahmud berkata beliau menerima langkah kerajaan menaikkan harga gula kerana ia dapat mengelak masalah kekurangan bekalan.

"Daripada kita sukar untuk mendapatkan bekalan, lebih baik kerajaan naikkan harga gula kerana kebanyakan ahli menggunakan gula ini dalam perniagaan masing-masing," katanya.
Beliau berkata penjelasan juga akan diberi kepada lebih 400,000 anggota persatuan itu supaya mereka tidak menaikkan harga makanan, namun tidak menolak kemungkinan berlaku sedikit penyesuaian dari segi saiz makanan.


P/S:-Kenaikan harga minyak dan harga gula akhirnya menyelesaikan masalah kekurangan bekalan gula.memang telah dinyatakan bahawa harga makanan tidak akan dinaikkan,tapi adakah ini benar-benar pasti?Seperti juga tahun lepas bahawa janji KERAjaan yang menyatakan minyak tidak akan naik.Akhirnya naik juga!

Dari segi harga mungkin tak naik,tapi SAIZ tidak akan lagi sama seperti sebelum ini.Jadi pada kami ini serupa 6 tolak 6 lah juga!
Jadi rakyat 1 Malaysia akan terus ditipu dan digula-gulakan(Yang telah naik harga!) seumur hidup!

No comments: