Saturday, May 1, 2010

Khianat pada negara dan rakyat!

Blok L, M bukan lagi milik Petronas




KUALA LUMPUR 1 Mei – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran yang melibatkan Blok L dan Blok M yang dianugerahkan kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Sabah Oil Co. Ltd telah dibatalkan pada 7 April lalu.

Pembatalan kontrak menerusi Surat Pertukaran yang bertarikh 16 Mac 2009 itu berikutan kedua-dua blok itu bukan lagi sebahagian dari Malaysia.

Blok L dan Blok M itu telah ditandakan semula sebagai CA1 dan CA2.

``Petronas juga mahu menjelaskan bahawa syarikat ini telah dijemput oleh Brunei untuk terlibat dalam membangunkan CA1 dan CA2 berdasarkan perjanjian komersial,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan

P/S :-Atas kecekapan dan keberkesanan pemerintahan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi,akhirnya negara mengalami kerugian besar dalam bidang carigali minyak.Kalau dengan rakyat sendiri(Kelantan dan Terengganu),susah nak bagi kelebihan.Tapi kalau dengan orang lain cukup cepat memberi kerjasama.kenapa pemimpin UMNO tidak mendahulukan rakyat tempatan?Atau adakah mereka-mereka mendapat keuntungan disebalik penyerahan ini?Sebelum ini Mantan PM menyatakan bahawa persetujuan ini dilakukan atas permuafakatan dengan AHLI KABINET.Jadi KESEMUA,kami ulang KESEMUA AHLI KABINET turut terlibat dalam hal ini.Mereka ini telah dipilih oleh rakyat,jadi dengan ini nyatalah mereka-mereka ini telah khianat pada KEPERCAYAAN rakyat.Kita bukan perlu ukur PROJEK di HULU SELANGOR sekarang,tapi sejarah dan apa yang akan berlaku di masa akan datang!Dunia ini bukan kita yang punya.Kita cuma meminjamnya dari generasi akan datang!Pernah dengar ayat tu,pemimpin UMNO dan BN?

No comments: