Saturday, May 1, 2010

Akhirnya.......sudah nyata!

Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, sertai Umno

JANDA BAIK: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah, menyerahkan borang ahli untuk menyertai Umno selepas enam bulan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas.

Borang keahlian itu diserahkan Badrul Hisham kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor sambil disaksikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) selepas Najib mempengerusikan mesyuarat MT Umno di Institut Latihan dan Memperkasa Umno di sini hari ini.

Badrul Hisham, 50, keluar daripada PKR pada 29 Oktober tahun lalu dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).

“Banyak perkara perlu dibuat di Selangor. Jadi saya menyertai Umno untuk bersama-sama BN merampas kembali Selangor,” katanya kepada Umno Online.

Beliau berkata, masyarakat kini termasuk orang Melayu berpecah-belah kerana tindakan pakatan pembangkang yang mahu mencapai kepentingan politik mereka sehingga menyebabkan banyak kemajuan tergendala.

“Kita perlu kuatkan kedudukan parti dan memperkukuhkan perpaduan supaya dapat memperjuangkan nasib pengundi dan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.


P/S:-Untuk kesekian kalinya,tahniah kepada ADUN Pelabuhan Klang seperti mana Ezam dan juga Syed Azidi.Kalau Ezam dapat jadi SENATOR,lepas ni mungkin Badrul ni boleh jadi Diplomat kut,tak pun Ketua Kampung.Lepas ni,dalam PRU 13 dia akan pilih kembali menjadi ADUN dan terus memegang jawatan MB Selangor(kalau dapat lah!)Setelah dipilih menjadi ADUN atas tiket PR,kenapa tak letak jawatan je kalau tak setuju?Pada kami ini adalah orang yang jenis tak BOLEH HARAP DAN BOLEH DIPERCAYAI!Dalam pikiran dia cuma untuk memegang jawatan yang akan memberi keuntungan kepada dia.Janji perut aku lepas!Itulah jenisnya!Jadi kalau masuk dan duk dalam UMNO ni,memang sesuai lah!Tapi yang bagusnya,ramai orang dah tahu PERANGAI YAHUDI dia ni.sebabnya,kalau dia kekal bebas,dia takkan dapat apa-apa.Masih ingat Ezam semasa dalam GERAK(NGO)?Apa yang dia dapat?Setelah masuk UMNO,berapa lama dia nak dapat Senator?Tak lama mana pun!Lihat dan fikir sendiri!

No comments: