Thursday, May 6, 2010

Kerja betul-betul......

Sogokan bagi kelulusan lesen “agak berleluasa” – SPRM

KUALA LUMPUR 5 Mei – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan pemberian sogokan oleh golongan ahli perniagaan kepada pegawai kerajaan untuk membantu dalam meluluskan lesen “agak berleluasa”.

Pendedahan itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Sutinah Sutan. Bagaimanapun, beliau tidak memberikan statistiknya.

"Kami menerima aduan daripada ahli perniagaan mengenai perlu memberikan sejumlah wang bagi memastikan semuanya beres. Dan jika laporan mendedahkan wujud amalan rasuah, kami akan menyiasat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sutinah adalah seorang daripada delegasi 11 anggota SPRM yang diketuai Ketua Pesuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed menghadiri mesyuarat tertutup dengan pemimpin Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu (ACCCIM). Delegasi ACCCIM diketuai presidennya Tan Sri William Cheng.

Katanya, kebanyakan aduan sogokan yang diterima melibatkan golongan ahli perniagaan dan pegawai agensi-agensi kerajaan. – Bernama


P/S:-Kajian dan penemuan telah diperolehi oleh Anggota SPRM sendiri.Jadi maknanya jenayah RASUAH ini masih belum ada penamatnya.Ianya kalau diperhatikan dengan lebih teliti adalah lebih banyak atau meningkat berbanding sebelum ini.Adakah cara pencegahan dan hukuman yang telah dilaksanakan tidak mencukupi?Atau adakah kes-kes yang diselesaikan cuma merangkumi KES KECIL dan meliputi ORANG KECIL sahaja?Bagaimana pula dengan ORANG BESAR dan KRONInya?Adakah mereka ini dikira SELAMAT atau TERLEPAS?Adakah wujud halangan sekiranya SPRM ingin membuat siasatan terhadap ORANG BESAR dan BERPENGARUH?Sekiranya ada,dimanakah atau setinggi manakah HAD KUASA SPRM bagi membendung RASUAH?Adakah SPRM setakat hari masih belum benar-benar berfungsi?Apa dia kelebihan setelah bertukar dari BPR kepada SPRM?

No comments: