Sunday, May 16, 2010

Sembang seorang PRESIDEN.......

Pembaharuan MIC untuk beri peluang muka baru terajui parti



IPOH 16 Mei – Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu berkata, beliau akan melakukan pembaharuan dan rombakan terhadap kepimpinan parti bagi memberi peluang kepada muka baru dan golongan muda menerajui parti.

Beliau berkata, pembaharuan itu yang akan dilakukan dalam tempoh 12 bulan mulai Jun ini antara lain bertujuan memulihkan imej MIC dan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Katanya, dalam tempoh itu MIC akan mengadakan pelbagai program secara berterusan untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti itu dan menarik penyertaan generasi muda ke dalam MIC.

"Dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang dan Hulu Selangor sebelum ini 65 hingga 75 peratus kaum India menunjukkan isyarat positif yang mereka telah kembali kepada Barisan Nasional (BN),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen MIC negeri di sini hari ini.

"Kepulangan besar kaum India kepada BN dalam dua pilihan raya kecil sebelum ini memberi isyarat jelas yang MIC telah mengambil tindakan untuk menarik mereka dan kerajaan perlu mempercepatkan pelbagai program untuk mengelak mereka lari semula,” katanya.

Oleh demikian, beliau merayu kerajaan Pusat supaya mempercepatkan program pembangunan kaum India yang agak ketinggalan berbanding kaum-kaum lain di negara ini. – Bernama

P/S:-Ini kata-kata yang dah berapa kali dikeluarkan oleh PRESIDEN yang seorang ini.Semasa PRK HULU SELANGOR dia ni dah janji sekiranya BN menang dalam PRK tersebut,dia akan meletak jawatan.Masih ingat lagi tak?Tapi sejak dua,tiga hari kebelakangan ni tak ada bunyi pulak dia ni nak lepaskan jawatan PRESIDEN dia!Kenapa agaknya?Adakah dia masih menaruh harapan untuk kekal dalam KABINET sekiranya dipilih semula sebagai MP SG SIPUT?Inilah perangai PEMIMPIN dalam BN.Kalau kalah janji macam-macam.Tapi dah nampak nak menang semula,lain pulak cerita dia.Untuk kesekian kalinya RAKYAT MALAYSIA telah ditipu!Tahniah Tok Sammy!

No comments: