Panel khas ditubuh siasat kes polis tembak mati remaja
KAJANG 27 April – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh polis, awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam.
Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel khas itu akan diketuai Timbalannya, Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.
Beliau berkata, siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.
"Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.
"Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan menentukan siapa yang bersalah dalam insiden.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam. – Bernama
P/S:-Ini adalah satu lagi berita yang amat mengejutkan selepas KEHILANGAN ENJIN JET dan KEGAGALAN KAPAL SELAM MENYELAM.Jadi kami amat menyokong siasatan segera dijalankan.Sekiranya didapati ada pihak yang telah melanggar undang-undang(samada POLIS atau REMAJA)tindakan patut diambil.Jangan hanya HANGAT-HANGAT TAHI AYAM.Bimbang suruhanjaya terus tidak berjaya,susah juga!
No comments:
Post a Comment