Rayuan kembalikan saman RM218 juta terhadap Umno ditolak
PUTRAJAYA: Sebuah syarikat pembekal, Elegant Advisory Sdn Bhd, hari ini kalah dalam rayuannya untuk mengenakan kembali saman RM218 juta terhadap Umno yang didakwanya tidak membuat pembayaran bagi pembekalan bahan-bahan pilihan raya ketika pilihan raya umum 2004. Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Datuk Sulong Matjeraie sependapat bahawa walaupun Pesuruhjaya Kehakiman, Anantham Kasinater bertindak keterlaluan dalam melihat kepada merit kes itu.
Mahkamah Rayuan, bagaimanapun, bersetuju dengan keputusannya untuk mengenepikan saman kerana tuntutan itu tidak menyatakan dengan jelas mengapa tindakan saman diambil.
Baharudin juga memerintah supaya Elegant Advisory membayar kos RM5,000.
Pada 10 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Umno mengenepikan saman itu kerana ia tidak mematuhi Akta Kontrak 1950
Dalam writ samannya, syarikat itu berkata, ia terbabit dengan kegiatan membekal peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan; dan pada pilihan raya umum ke-11 pada tahun 2004 pihaknya membekalkan Umno dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.
Syarikat itu berkata ia menghantar invois RM218,013,475 untuk mendapatkan pembayaran, namun defendan gagal membayarnya.
"Saya selaku penasihat undang-undang Umno, berharap tidak ada lagi kes seumpama ini yang difailkan terhadap Umno. Umno sebagai sebuah parti sudah tentu akan membayar jika menggunakan sebarang perkhidmatan dan mendapat bekalan daripada pencetak-pencetak dan yang lain," katanya.
P/S:-Ingat dah selesai,rupanya belum lagi.Kesian syarikat yang membekalkan peralatan ni.Dah lamodaldah habis guna,bayaran tak pulak dibuat.Itulah dia pengurusan dan pentadbiran yang CEKAP DAN BETUL dalam PARTI BN.Semua orang kena sedar,perangai UMNO dan BN ni memang macam tu.ROSAK DAN MEROSAKKAN!Mereka sendiri telah rosak danmereka juga akan merosakkan orang lain.Kita ramai yang tahu,antara perangai MUNAFIK adalah mereka yang TIDAK BERPEGANG PADA JANJI DAN MEREKA YANG KHIANAT!Sejarah dah banyak tunjuk yang UMNO ni tak ikut janji dan khianat!Jadi tak perlu nak urusan dengan mereka-mereka ni.Kenapa masih ada lagi orang atau masyarakat yang berharap atau bergantung harapan pada UMNO dan BN?Masih tak serik?Takkan dah nak kena tikam baru nak sedar?TUKAR MEREKA!
No comments:
Post a Comment