Friday, April 30, 2010

Kemajuan??????

Taman Pelangi serba kekurangan

TAMAN PELANGI – Hampir 300 unit rumah penduduk pelbagai kaum di Taman Pelangi dekat sini terpaksa berdepan dengan pelbagai kekurangan kemudahan, yang mengundang ketidakselesaan dan menghalang pelbagai aktiviti kemasyarakatan dilakukan.

Tinjauan Sinar Harian ke taman perumahan itu mendapati rata-rata penduduk ditemui menyuarakan rasa tidak puas hati dan tidak selesa berikutan kemudahan seperti tiada papan tanda nama taman, surau, taman permainan, bilik gerakan atau dewan selain kemudahan jalan raya yang mulai rosak.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pelangi, Arif Yusof berkata, semenjak 2002 taman itu mula dipenuhi penduduk, namun pemaju mahupun mana-mana pihak tidak menyediakan kemudahan yang diharapkan penduduk.

Menurutnya, keperluan utama dimahukan penduduk adalah surau dan bilik gerakan atau dewan bagi menjalankan pelbagai aktiviti keagamaan, solat jemaah dan pelbagai aktiviti kemasyarakatan lainnya.

“Sehingga kini penduduk pelbagai kaum di taman ini mengadakan program hanya di atas jalan raya berdekatan dengan unit kedai, kerana kawasan itu lapang dan membolehkan himpunan penduduk dilakukan.

“Taman ini tidak dilengkapkan dengan dewan atau bilik gerakan sama seperti taman lain, dan ia benar-benar memberikan kesan serta kesukaran kepada KRT dan penduduk untuk mengadakan perbincangan dan apa juga aktiviti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Arif berkata, sejak KRT ditubuhkan lebih tiga tahun lalu setiap mesyuarat terpaksa dilakukan di rumah pengerusi dan rumah penduduk, kerana ketiadaan bilik gerakan yang membolehkan ia menjadi kunjungan khusus penduduk untuk beraktiviti.

Menurutnya, penganjuran terbesar taman iaitu karnival KRT dan jamuan raya saban tahun hanya dilakukan di atas jalan raya di kawasan persimpangan yang lapang untuk membolehkan semua penduduk dapat turut serta.

“Kami agak terkilan dan hairan mengapa taman perumahan lain dilengkapi dengan kemudahan seperti itu, sedangkan Taman Pelangi serba kekurangan yang seharusnya tidak terjadi kerana ia benar-benar diperlukan oleh penduduk untuk pelbagai aktiviti dan tujuan,” katanya.

P/S:-Tempat ini telah lama wujud,tapi masih belum sempurna sehingga sekarang.berbagai pihak telah mendabik dada yang mereka lah menjadi tempat untuk harapan rakyat dan penduduk.Tapi kenapa tempat ini masih belum selesai masalahnya?Setahu kami Taman ini tidak jauh letaknya dari rumah ADUN DAMAK itu sendiri.Adakah beliau tidak melihat kesekitar atau sekeliling kawasan perumahan ini?Kedudukan Taman ini adalah hampir dengan bandar Jerantut.Tidakkah AHLI PARLIMEN Jerantut tahu dengan masalah mereka-mereka ini?Bagaimanakah dengan tanggungjawab sebagai WAKIL RAKYAT di kawasan ini?Nampaknya AHLI PARLIMEN dan ADUN kawasan ini sudah tidak berminat untuk menangani masalah penduduk setempat!TUKAR MEREKA dalam PRU ke 13 nanti!

No comments: