2 bekas Exco Perak bebas tuduhan rasuah
IPOH: Dua bekas Exco Perak bersama tiga individu lain dibebaskan daripada tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini. Dua bekas anggota Exco terbabit ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd Osman Jailu, 59, dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi, 54.
Kedua-dua mereka adalah bekas Adun Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini menjadi wakil Bebas. Tiga lagi tertuduh yang dibebaskan ialah bekas Adun Bota, Kapten (B) Usaili Alias, 58, bekas Ahli Majlis Daerah Perak Tengah yang juga peniaga, Zul Hassan, 48, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 32.
Semua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar. - Bernama
P/S :-Akhirnya,teka-teki tentang kedudukan 2 ADUN KATAK yang meninggalkan PKR telah terjawab.Mereka kini boleh dianggap BEBAS sepenuhnya.Jadi kalau ada lagi YB-YB yang dituduh terlibat dengan rasuah,saya cadangkan jadilah WAKIL BEBAS.Tengok,bukti kan dah ada!Akhirnya mereka BEBAS!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment