Polis boleh siasat Anwar
Tan Sri Musa Hassan
KUALA LUMPUR: Bukit Aman akan menyiasat pembabitan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menggunakan nama Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika merancang untuk mengambil alih kerajaan pada 16 September 2008.
Susulan pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim di Dewan Rakyat, Rabu lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan jika ada laporan berhubung pendedahan itu, polis akan menjalankan siasatan.
“Beliau (Zahrain) mendedahkan perkara itu dalam Parlimen. Polis tidak boleh campur tangan, selagi tiada pihak tampil membuat laporan kepada kita berhubung dakwaan itu. “Polis tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya kerana ini membabitkan nama Yang di-Pertuan Agong. Siasatan pula perlu dibuat secara terperinci,” katanya, semalam.
Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa siasatan terperinci dilakukan terhadap kenyataan bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang kini bergerak sebagai wakil rakyat Bebas.
“Ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil jika terbukti dakwaan berkenaan berasas.
“Bila perkara itu disebut di Parlimen, pastinya Zahrain mempunyai bukti jelas dan nyata. Ia sesuatu yang serius dan tidak boleh dipandang ringan apabila nama Raja dan ATM diheret sama isu itu,” katanya.
Musa berkata, jika ada laporan, siasatan akan dijalankan secara telus tanpa mengira status atau pangkat mereka yang terbabit dalam komplot itu kerana dikhuatiri mengancam keselamatan negara dan ketenteraman rakyat.
“Polis tidak berkompromi dengan pihak yang cuba mencetuskan suasana tegang di negara ini,” katanya.
P/S :-Kalau kena kat orang sedap sangat nak ambik tindakan la,tangkap la.Tapi cuba kita ingat balik demonstrasi yang berlaku di negeri TERENGGANU tidak berapa lama dahulu.Ada penyokong UMNO dan BN yang tidak setuju dengan perlantikan MB baru gantikan IDRIS JUSOH.Sampai peringkat ada sepanduk yang menghina SULTAN Terengganu yang juga YANG DIPERTUAN AGONG yang berbunyi'KAMI NAK DERIS NATANG!'.Adakah pemimpin negara sudah lupa dengan kes itu?adakah mereka tidak menganggap mereka-mereka ini MENGHINA YDPA?kenapa tindakan tidak diambil?Adakah kerana Penunjuk perasaan itu terdiri dari ahli dan penyokong UMNO dan BN,mereka dikira kebal?
No comments:
Post a Comment