Wednesday, April 28, 2010

SUARA KECIL,suara besar!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Kadar rasuah turun


KUANTAN - Kadar jenayah rasuah di negeri ini menunjukkan penurunan tahun lalu apabila 197 laporan diterima sehingga April tahun ini berbanding 553 laporan sepanjang tahun lalu.

Daripada jumlah itu,
10 kes membabitkan penjawat awam disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Pahang (SPRM).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Muhammad Safian Ismail berkata, kadar jenayah rasuah di negeri ini masih terkawal termasuk dalam kalangan penjawat awam.

“Bagaimanapun, kesedaran dalam masyarakat masih perlu dipupuk kerana jenayah rasuah harus ditangani dengan komited.

“Saya mahu penjawat awam menjadi contoh terbaik kepada masyarakat setempat dalam pelbagai aspek sebagai anggota perkhidmatan awam,” katanya selepas perasmian Kempen Perangi Pemberi Rasuah anjuran SPRM dan Kerajaan Negeri Pahang, di Taman Budaya di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah SPRM Pahang, Moh Samsudin Yusof; Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datuk Norzan Ahmad dan Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Mat Zarai Alias.

Pada majlis itu, Muhammad Safian turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada 16 pegawai berintegriti agensi penguatkuasaan selain lima orang awam yang terdiri daripada Orang Asli.

Beliau berkata, kesedaran masyarakat Orang Asli terhadap jenayah rasuah juga menunjukkan tahap membanggakan.

“Mereka akan menjadi contoh dalam kempen ini kerana wajar diketengahkan dalam usaha menyedarkan masyarakat terhadap jenayah pemberi rasuah,” katanya.

Sementara itu, Moh Samsudin Yusof berkata, walaupun kadar jenayah rasuah menunjukkan penurunan namun usaha membanteras jenayah itu terus dilaksanakan secara berterusan.

“Berdasarkan kepada statistik, SPRM menerima laporan maklumat 197 manakala 28 kes dibuka untuk siasatan, manakala 14 tangkapan dibuat dan enam pertuduhan turut dikemukakan serta enam laporan tatatertib diterima.

“Namun begitu,
orang ramai masih belum mempunyai kesedaran berhubung pemberi berbanding penerima kerana kebanyakan kes lebih banyak bertumpu kepada penerima rasuah,” katanya.

Kami kata:-Masalah rasuah ini adalah masalah yang ssssaaaannngggaaattt serius dan perlu diambil tindakan drastik.Kami ada mendengar masalah pemilikan tanah dikalangan KAKITANGAN AWAM di daerah JERANTUT.Setelah ada sepasukan pihak SPRM datang untuk menyiasat,mereka-mereka ini sibuk mencari pembeli bagi membeli tanah yang mereka miliki atas kuasa mereka dalam hal tanah dan galian ni.Dengar ceritanya ramai antara mereka ingin menjual tanah-tanah tersebut dengan harga murah.Ada juga cerita dimana seorang YANG BOROI telah memperolehi tanah disekitar KG KELOLA dan DURIAN HIJAU ke.Tapi tanah ini dimiliki dengan menggunakan sepenuhnya KUASA sebagai YANG BOROI.Ramai orang komplen, tapi suara orang kecil ni tak berapa dengar dek orang ramai.Dan juga biasanya penerima sahaja yang dikenakan tindakan,tangkapan atau apa sahaja.Kenapa PEMBERI jarang sekali dikenakan tindakan? adakah mereka MENGATASI undang-undang atau mereka itulah UNDANG-UNDANG?Entahlah.......

Dipetik dari http://n9tahan.blogspot.com/

No comments: