Sunday, February 7, 2010

Undang-undang baru lulus???????????

Hak Kelantan dapat royalti harus dikaji pelbagai sudut

KUALA LUMPUR: Soal hak terhadap pembayaran hasil minyak oleh Petronas harus dilihat dari pelbagai perspektif undang-undang yang berkaitan dengannya, kata seorang pengamal undang-undang.

Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata soal siapa yang berhak kepada pembayaran wang sebanyak lima peratus daripada hasil perolehan petroleum oleh Petronas, sama ada kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri terbabit, tidak hanya tertakluk kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA).

Beliau berkata, peruntukan Seksyen 4 PDA yang memperuntukkan pembayaran wang tunai oleh Petronas bagi hasil yang diperoleh kepada kerajaan Persekutuan dan negeri perlu dibaca bersama dengan beberapa peruntukan perundangan yang lain.

Ini termasuk Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969, Kanun Tanah Negara 1965 dan Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan dengan jelas hak kawasan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan, katanya di sini, semalam.

Peruntukan lain, termasuk Akta Pelantar Benua 1966 serta Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) 1982, katanya yang juga rakan kongsi utama tetuan Hafarizam, Wan & Aishah Mubarak.

"Isunya sekarang sama ada minyak itu diperoleh dalam perairan negeri atau di luar negeri," katanya.


P/S:-Berbagai-bagai cara dilakukan untuk menidakkan sumbangan royalti yang sepatutnya diserahkan kepada rakyat negeri Kelantan.Mcam di Teregganu dulu,BERZAMAN-ZAMAN UMNO dan BN makan duit royalti yang disalurkan oleh PETRONAS melalui kerajaan pusat.Kenapa masa tu tak ada cakap pulak pasal undang-undang Darurat ke,Undang2 Pelantar la.Kenapa pulak selepas PAS menang di Terengganu tindakan menarik balik Royalti dibuat oleh kerajaan pusat?Baru tahun dan masa tu ke semua undang-undang tadi diwartakan?Satu lagi yang kami hairan di Kelantan.Kenapa pendaratan minyak perlu dibuat sampai ke negara jiran sedangkan negeri Kelantan lebih dekat?Tidakkan ini akan menambahkan pembaziran kepada kewangan negara?Adakah pihak kerajaan tidak tahu berfikir?Adakah kita perlu menukar kerajaan? YA,TEPAT SEKALI!

No comments: