Monday, February 1, 2010

TANGKAP MEREKA!!!!!!!!!!!

Lebih ramai penulis blog hina Raja akan ditahan

JOHOR BAHRU: Lebih ramai penulis blog yang didapati menghina institusi beraja dan menyentuh sensitiviti agama dan kaum di negara ini, akan ditahan jika pihak berkuasa mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan terus memantau beberapa blog dan laman web terbabit.

Selain itu, katanya, pihak KDN akan terus bekerjasama dengan Pejabat Peguam Negara bagi mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang melanggar undang-undang hasutan serta menghina Raja.

"Kita akan menghukum mereka yang bersalah dan memang menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan ia tidak berleluasa dan merebak serta menyentuh emosi yang akhirnya apabila rakyat dibakar emosi, negara kita huru hara dan waktu itu sudah terlewat, " katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri di sini, semalam.

"Saya percaya tindakan kita menunjukkan kita serius, kita bawa sesiapa saja... anak polis dan ahli politik, jika didapati bersalah dan cukup bukti kita akan ambil tindakan di mahkamah.


P/S :-Kami bersetuju dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri ni.Jadi kalau boleh siasat semua individu atau makhluk yang mempermainkan kebesaran Sultan dan Raja-raja Melayu di Malaysia ni.Dakwa mereka,hukum mereka.Kalau boleh bukan setakat penulis blog.Penulis dalam suratkhabar,penulis dalam majalah dan bermacam penulis lagi.KIta tengok balik dalam sejarah,siapa yang pernah hina Sultan atau Raja,kita tangkap semua.Mungkin boleh mula di Kelantan,dimana mereka-mereka yang pernah menghina sultan Kelantan dan juga di Terengganu yang pernah menghina Yang Dipertuan Agong.Tangkap mereka!

No comments: