Wednesday, February 10, 2010

Hormat MAHKAMAH????????

'Terima keputusan mahkamah'

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak meminta semua pihak menerima keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah dan menumpukan kepada usaha memberi khidmat bakti terbaik kepada rakyat negeri itu.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat mahkamah tertinggi dalam sistem kehakiman negara, sekali gus memuktamadkan isu berkenaan dan tidak patut dibangkitkan sesiapa lagi.

Serentak itu, beliau meminta rakyat Perak tidak terbabit dalam sebarang kegiatan politik sehingga boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati keputusan mahkamah.

"Alhamdulillah... dengan keputusan itu, bererti isu dan saga siapa yang patut menjadi Menteri Besar dan membentuk kerajaan Perak sudah muktamad.

"Saya berharap keputusan ini sudah selesai sepenuhnya dan tidak wajar serta tidak patut sesiapapun membangkitkan apa-apa lagi pertikaian berhubung kesahihan kerajaan Perak," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian loji aluminium antara GIIG Holdings Sdn Bhd (GIIG) dan Aluminium Corporation of China Limited (CHALCO), di sini semalam.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata semua pihak harus menerima penghakiman muktamad mahkamah yang mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar Perak.

Beliau juga berharap semua pihak, termasuk pembangkang, menerima keputusan itu dan jangan lagi mempertikaikannya.

"Ini adalah noktah kepada segala krisis yang dilalui selama ini dan kini kita perlu menghormati kehendak rakyat yang mahu melihat pentadbiran peringkat negeri tidak lagi terganggu.

"Kita di Malaysia perlu menghormati undang-undang dan apabila institusi perundangan negara sudah membuat keputusan, rakyat perlu menerima sebagai keputusan muktamad," katanya.

P/S :-Kalau kena kat orang lain,suruh orang ikut dan akur keputusan mahkamah.Dulu DS Nizar dah menang,ada juga DS Zambri buat rayuan.Adakah itu contoh yang dimaksudkan dengan MENGHORMATI MAHKAMAH?Sebelum dari ini,siapa agaknya yang sebenarnya memulakan kekecohan di Perak?Dengan laporan terhadap kedua-dua ADUN PKR yang melompat ke BN telah lama dibuat,tetapi setelah BN mengambil alih tampuk kepimpinan negeri kenapa kes itu tiba-tiba senyap?Adakah mahkamah telah bercuti?Ambik tindakan dan teruskan perbicaraan ke atas mereka.Bukan dibiarkan.Adakah kelesuan kes ini ada kaitan dengan peralihan kuasa?Adakah mungkin............

No comments: