Thursday, February 11, 2010

Tertipu?Menipu?Ditipu?

Dr. M ulas isu MV Agusta

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Selepas hampir empat tahun, isu penjualan 57.75 peratus pegangan saham Proton Holdings Bhd. (Proton) dalam MV Agusta Motor Spa (MV Agusta) pada harga 1 euro (RM4) sekali lagi dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Isu itu timbul rentetan laporan edisi terbaru Robb Report iaitu sebuah majalah untuk golongan kaya dan ternama mengenai kedudukan semasa MV Agusta selepas ia dibeli oleh pengeluar motosikal Harley Davidson.

Dalam entri bertajuk MV Agusta Again yang disiarkan dalam laman blognya, www.chedet.co.cc, Dr. Mahathir yang juga Penasihat Proton memetik laporan di bawah seksyen "Front Runners" majalah tersebut yang berbunyi:

"MV Agusta baru yang terus hidup dengan sempurna... Sejak mendapatkan MV Agusta pada harga lebih AS$100 juta (RM340 juta) pada 2008, Harley Davidson telah membantu mencergaskan semula jenama Itali yang berusia 65 tahun itu. MV Agusta baru 2010 (www.mvagustausa.com) membuat penampilan pertama pada November..."

Mengulas mengenainya, Dr. Mahathir berkata, rakyat mungkin masih mengingati Proton menjual pegangan sahamnya pada harga RM4 kepada syarikat Itali yang tidak dikenali yang kemudiannya menjual sebahagian daripada saham itu kepada Harley Davidson pada harga lebih RM340 juta.

Katanya, rakyat juga masih ingat bahawa baki saham itu dijual kepada BMW dengan harga yang hampir sama.

"Jadi kita menjual sesuatu dengan harga RM4 kepada pembeli misteri dari Itali yang menjualnya semula pada harga melebihi RM680 juta.

"Kita juga mungkin tahu Proton (sebelum itu) membeli sebahagian daripada MV Agusta pada harga kira-kira RM560 juta," katanya.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, pengurusan Proton terdahulu mendakwa penjualan pada harga RM4 itu bertujuan menyelamatkan jutaan ringgit aset syarikat pengeluar kereta nasional itu.

"Saya dilantik sebagai Penasihat Proton tetapi sewaktu era pengurusan terdahulu, merekalah yang menasihatkan saya bahawa penjualan telah dibuat.

"Nyata sekali tugas penasihat ialah menerima nasihat dan bukannya memberi nasihat," katanya sinis.

Ulasan:-Sekali orang lama berbunyi,mesti ada yang tak senang duduk.Macam perkara di atas,memang nampak KEBODOHAN pengurusan syarikat PROTON dalam menangani permasalahan tentang MV AGUSTA.Sampaikan harga beli adalah JAUH LEBIH TINGGI dari harga jualan.Kenapa sampai begitu rendah tahap pemikiran pihak pengurusan.Sekiranya MV disimpan dan dipulihkan,keuntungan akan jadi berlipat kali ganda.Kalau itu adalah perkara mustahil,kenapa syarikat lain boleh untung?Kita sibuk melaungkan MALAYSIA BOLEH tetapi pada hakikatnya tidak.Yang paling kami heran,di mana tahap pemikiran dan perancangan pihak syarikat.Adakah pihak ini setakat kelulusan DARJAH 3 sahaja?Kenapa kerajaan tidak memantau perkara ini?Kenapa semua seolah-olah lepas tangan sahaja?

sumber dari http://www.mtdpulautawar.blogspot.com/

No comments: