Thursday, February 11, 2010

Siasat segera!!!!!!!!

Status YBK diragui: Azan

KUANTAN – Pakatan Rakyat negeri ini meragui status Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Pahang yang dikatakan tidak aktif sejak beberapa tahun lalu.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail berkata, Kerajaan Negeri seharusnya menyatakan status terkini yayasan itu kepada rakyat di negeri ini agar tidak berlaku sebarang kekeliruan.

Menurutnya, YBK Pahang merupakan sebuah organisasi di bawah Akta Pertubuhan Koperasi serta mempunyai aset-aset tertentu yang bernilai tinggi.

“Kita minta Kerajaan Negeri isytiharkan status terkini YBK Pahang sama ada ia masih aktif, dibubarkan atau dibatalkan operasinya.:

“Malah kita juga hairan mengapa tiada sebarang catatan mengenai yayasan itu dalam Buku Laporan Ketua Audit Negara,” katanya kepada media selepas upacara memasang tanglung di sekitar Jalan Air Putih, di sini semalam.

Beliau berkata, peranan YBK cukup penting kepada rakyat terutamanya merealisasikan agenda kerajaan untuk membasmi kemiskinan di negeri ini.

Menurutnya, sekiranya yayasan itu sudah tidak aktif atau dibubarkan, bagaimana pula masalah kemiskinan rakyat di negeri ini dapat diatasi dalam jangka masa yang singkat.

“Isu YBK ini sudah mendapat perhatian umum terutamanya YBK Selangor untuk membasmi kemiskinan dan Pakatan Rakyat Pahang mendesak Kerajaan Negeri segera menyatakan statusnya,” katanya.

Sementara itu, Bekas Pengerusi YBK Pahang, Datuk Abdul Jabbar Ibrahim berkata, yayasan itu sudah tidak aktif sejak empat tahun lalu dan kini dalam proses mendapatkan perintah mahkamah untuk membubarkannya.

Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Besar berkata, keputusan untuk membubarkan yayasan itu dibuat dalam satu mesyuarat exco beberapa tahun lalu.

“Keputusan itu dibuat kerana sudah ada beberapa yayasan lain di negeri ini yang fungsinya sama seperti YBK dan langkah pembubaran itu tidak menjejaskan hasrat Kerajaan Negeri untuk melaksanakan agenda membasmi kemiskinan di negeri ini,” katanya ketika dihubungi semalam.


Kami kata:-Kalau mengata ke orang,memang sedap sangat.Ini laporan dah ada,berita pun dah keluar dalam media.Kenapa hal ini tidak disiasat?Kenapa pihak yang bertanggungjawab masih mendiamkan diri?Tidak adakah pihak berkuasa yang ingin sekurang-kurangnya memberi penjelasan tentang keadaan atau status YBK di PAHANG ni?Adakah mereka akan buat PEKAK sahaja dalam menangani aduan dan rungutan orang ramai seperti dalam kes ini? Hal-hal macam ni mesti ada terlibat dengan KEWANGAN atau WANG kerajaan.Jadi apa lagi yang ditunggu oleh kerajaan negeri?Siasat dan dedahkan bukti-bukti tentang YBK ni.Buktikan tiada apa yang diselewengkan.Barulah rakyat akan percaya.Atau ada perkara yang cuba disembunyikan?


SUMBER DARI http://n9tahan.blogspot.com/

No comments: