Saturday, February 13, 2010

Dia sedar tak ni?

Laporan PERC tak berasas: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin membidas tindakan Perunding Politik dan Risiko Ekonomi (PERC) yang beribu pejabat di Hong Kong kerana membuat laporan tidak berasas apabila menggambarkan Malaysia sebagai negara yang menuju ketidakstabilan.


Sambil menyifatkan laporan PERC itu mempunyai motif tersembunyi, Timbalan Perdana Menteri berkata, laporan itu tidak masuk akal kerana pihak berkenaan tidak mengenali dan memahami keadaan berlaku dalam negara.

"Kita tidak minta mereka bantu kita. Kita bantu diri kita sendiri dan kita tidak perlukan komen mereka kerana saya fikir ramai lagi yang tahu dan mampu menilai diri kita secara lebih objektif... bukan berdasarkan emosi, tetapi fakta dan realiti.

"Hakikatnya rakyat Malaysia gembira dan tidak menghadapi bencana besar atau masalah perkauman atau berperang sesama sendiri. Jadi, apa yang mereka cakap?," katanya selepas menghadiri perhimpunan bersama petugas kumpulan Felda di Dewan Perdana Felda, di sini, semalam.

Laporan PERC menyatakan Malaysia semakin menuju ketidakstabilan berdasarkan perkembangan semasa yang berlaku dalam negara, termasuk kehilangan enjin pesawat tempur, F-5E, milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), penahanan suspek pengganas dari beberapa negara Afrika dan Timur Tengah, percubaan membakar gereja dan surau serta perbicaraan liwat ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

P/S:-Dia ni antara menteri kabinet dan TPM yang bijak dalam pentadbiran dan pengurusan.Tapi nampaknya kali ni,kami kata dia kurang cerdik(bukan bodoh!).PERC tu cakap adalah berdasarkan bukti lah tu.Macam perkara-perkara yang disebut dibawah tu,bukankah semua perkara itu memang berlaku?jadi fakta dan realiti macam mana lagi yang TPM mahu ni? Takkan nak tunggu KEPUTUSAN MAHKAMAH juga baru nak ngaku?
DS Najib,apa lagi?Jangan simpan sangat orang tak berapa bijak ni dalam kabinet awak.Dengar cerita dia ni ada niat juga nak gulingkan awak ni!

No comments: