Sunday, January 31, 2010

Desakan Khairy letak jawatan bukan baru: Dr M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan desakan supaya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, meletak jawatan bukanlah satu perkara baru bahkan ia sepatutnya dilakukan lebih awal dengan memilih calon lebih sesuai ketika pemilihan sayap parti itu tahun lalu.

Dengan nada sinis, mantan Perdana Menteri itu berkata, sepanjang pengetahuannya tidak pernah berlaku kes seorang Ketua Pemuda dilarang berkempen dalam pilihan raya kecil negeri atas alasan ia boleh menjadi faktor kekalahan.

"Itu luar biasa...kes pilihan raya kecil di Perak, mereka larang dia (Khairy) datang...katanya kalau datang juga, mesti kita (Barisan Nasional) kalah. Orang Melayu ketika itu benci sangat, saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh menang.

"Sebab itu saya katakan, depa (mereka) kena belajar mengira Matematik dalam bahasa Inggeris, sebab susah sangat nak kira undi (pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno). Cuma ada 700 perwakilan, takkan ambil masa tujuh jam nak kira undi.

"Pasal apa jadi macam tu, saya tak tahu. Masa dia menang Naib Ketua Pemuda, siapa berani lawan dia sampai menang tanpa bertanding. Apa strategi dia guna...," katanya pada sidang media selepas melancarkan Penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia peringkat Selangor (Perkasa Selangor) yang turut dihadiri Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali, di sini, semalam.

Dr Mahathir mengulas rencana disiarkan dalam blog yang mendakwa Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno beberapa hari lalu kecoh ekoran ada desakan supaya Khairy berundur bagi menyelamatkan pergerakan itu.

Berdasarkan laporan Harakahdaily, difahamkan punca utama desakan beberapa Exco pergerakan itu kerana Khairy dilihat gagal menterjemahkan hala tuju Pemuda selari dengan kepemimpinan Presiden parti yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

P/S :-Al maklumlah BN ni.Kalau mereka bermasalah mereka akan cuba alih dengan sibuk membicarakan hal parti lain cth di Penang.Tapi sebenarnya desakan dari kalangan EXCO Pemuda UMNO ni adalah serius dan memberi gambaran yang tidak baik terhadap Ketua dan Ahli2 dalam pergerakan itu sendiri.Walaupun penafian dibuat,kita pun tahu cara UMNO ni bekerja.Cakap tak ada,tiba-tiba jadi.Cakap tak naik,tiba-tiba naik.Jadi kita kena tengok serius benda ni.Ini menunjukkan adanya ketidakserasian dan tidak setuju dengan pimpinan Pergerakan itu dan pergerakan utk menjatuhkan Ketua.Jadi jangan duk nafi lagi la!

1 comment:

Awangmaser said...

DM pun dah lupa dia pun pernah jadi beban pada bn sampai terpaksa serah jawatan pada tun dullah.