KUALA LUMPUR 23 Feb. - MCA akan meneliti cadangan pindaan Perlembagaan Barisan Nasional (BN) pada mesyuarat Majlis Presiden parti itu Jumaat ini, kata Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Menurutnya, mesyuarat itu akan membincangkan pendirian parti itu berhubung cadangan memberi pengiktirafan kepada parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang menyokong BN untuk menjadi anggota BN.
''Kita sebagai parti komponen yang lama dalam BN akan meneliti dahulu perkara ini kerana ia berkemungkinan mendatangkan impak yang besar kepada parti.
''Dalam mesyuarat itu kita turut membincangkan isu-isu lain yang wujud dalam MCA termasuk masalah dalam dan luaran MCA demi kebaikan parti,'' katanya kepada pemberita selepas melawat tapak Projek Integrasi Jambatan Penghubung Pejalan Kaki Monorel di Stesen Sentral Kuala Lumpur di sini hari ini.
Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan Perlembagaan BN akan dipinda bagi memberi pengiktirafan kepada parti-parti politik, NGO dan individu yang cenderung menyokong mereka.
Menurut Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, langkah terbaru itu bertujuan memantapkan parti bagi memastikan BN terus relevan.
P/S:-Nada Presiden MCA ini agak berbeza dengan nada orang lain dalam BN.Adakah ini akan menimbulkan konflik baru dalam pakatan BN?menurut sumber yang diperolehi,Pertubuhan Peribumi Perkasa(PERKASA,Presidennya Datok Ibrahim Ali) nak masuk BN.Jadi tetaplah IA menjadi katak yang melompat kesana dan kemari.Tapi nampaknya ada nada tak setuju dari MCA.Kenapa terjadi demikian?Adakah semangat 1MALAYSIA belum meresap sepenuhnya dalam JIWA dan RAGA pemimpin BN?Adakah DS Najib gagal dalam usahanya?Adakah kita mahu percaya lagi pada semangat KARUT-MARUT yang dibawa oleh BN ini?Adakah kita perlu tukar kerajaan?SUDAH TENTU!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment