Wednesday, February 24, 2010

Kita kena kurangkan makan???????

Harga ikan dijangka naik selepas 1 Mac
IPOH
: Pemborong ikan tempatan memberi amaran harga ikan melambung selepas 1 Mac ini sekiranya Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertegas mahu menguatkuasakan penggunaan kotak ikan berinsulasi bermula tarikh berkenaan.

Jawatankuasa Pengimport/Pemborong Ikan dan Sumber Laut Malaysia yang mewakili semua 40 pemborong ikan tempatan dalam mesyuaratnya di sini, semalam, membuat keputusan akan memberhentikan pengimportan ikan dari negara jiran jika kotak ikan plastik yang digunakan sekarang tidak dibenarkan digunakan.

Pengerusi jawatankuasa itu, Datuk Yusoff Ismail, berkata secara purata, pemborong tempatan mengimport kira-kira 1,000 tan ikan dari negara jiran setiap hari menampung keperluan tempatan.

“Kami akan terus menggunakan kotak ikan plastik pada 1 Mac ini dan sekiranya LKIM menghalang, kami tiada pilihan selain memberhentikan operasi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat itu.

P/S Hah!Berita yang kurang sedap kepada semua rakyat Malaysia.Ini bukan sesetengah negeri je kena ni,1 MALAYSIA kena ni!Jadi macam beberapa pembesar dari beberapa negeri yang diperintah oleh PARTI2 TERTENTU kata,gula naik kita kurangkan makan gula.Ikan naik,kurangkan makan ikan.Beras naik,kita kurangkan makan beras.Harga makanan naik,kita kurangkan makan.Ini boleh mengurangkan penyakit seperti kencing manis,darah tinggi dan lain-lain.Amacam rakyat 1MALAYSIA? Boleh?

No comments: