Wednesday, February 24, 2010

Ye ke ni??????

1 Mac penamat krisis PPP

SHAH ALAM – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T Murugiah menegaskan keputusan Mahkamah Tinggi menetukan siapa presiden sah Parti Progresif Penduduk (PPP) yang dijangka didengar 1 Mac ini akan menjadi penamat kepada krisis parti tersebut.

Menurutnya, jika beliau tewas dalam keputusan tersebut, beliau rela hati keluar daripada PPP kerana mengakui krisis tersebut telah melemahkan Barisan Nasional (BN) secara keseluruhannya.

“Sekiranya saya menang, saya menyeru Presiden PPP sekarang, Datuk M Kayveas melakukan tindakan sama iaitu melepaskan jawatan beliau.

“Kita harus bersikap ‘gentleman’ (lelaki) untuk menghentikan krisis ini dan keputusan Mahkamah Tinggi adalah tempatnya,” katanya ketika dihubungi :Sinar Harian:, semalam.

Ditanya apakah tindakan Murugiah sekiranya tewas, beliau menjelaskan beliau belum membuat sebarang perancangan tetapi tindakan keluar PPP tersebut sudah pasti.

“Kita masih tunggu keputusan mahkamah, sekiranya saya tewas, saya akan membuat perjumpaan besar-besaran bersama pe- nyokong saya, di situ kita akan memikirkan pera- ncangan seterusnya,” katanya.

Murugiah dan Kayveas terbabit dalam pertelingkahan merebut jawatan utama parti berkenaan sejak Mei tahun lalu di mana Murugiah telah mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa yang menyaksikan beliau dipilih sebagai presiden tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) memutuskan bahawa Kayveas adalah presiden yang sah.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Diana Md Razali menetapkan tarikh 1 Mac ini untuk sebutan kes yang difailkan oleh Murugiah pada 28 Disember tahun lalu untuk menguatkuasakan keputusan itu.

P/S:-Hahahahaha.kalau ngata ke orang,sedap sangat BN ni.PPP dah nak hampir selesai masalah dia.MCA pulak bila lagi?Kalau ikut kata Murugiah ni,dia akan keluar PARTI kalau dia tewas.Jadi sebenarnya tidak ada penyelesaian penuh dalam konflik ni.Bukan nya dia nak berbaik atau berdamai dengan Kayveas pun.Itu dah pasti!Jadi sebenarnya,permukaan sahaja yang okay,dasarnya masih berkecamuk juga.Entah dalam UMNO pun serupa juga tak?Mana lah tauuuuuuuuuu!!!!!

No comments: