Monday, December 21, 2009

Tidak ada lagi debat berhubung kepimpinan BN Pulau Pinang: Najib(Ye ke ni?)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mahu parti komponen Barisan Nasional (BN) terus berdebat mengenai permintaan Umno Pulau Pinang baru-baru ini, supaya jawatan Pengerusi BN negeri itu diberikan kepada parti itu.

"Tidak ada lagi debat mengenai perkara ini," itu adalah jawapan Perdana Menteri kepada soalan wartawan berhubung perkara itu, yang dilaporkan di kebanyakan akhbar utama di negara ini.

Sabtu lalu, Jawatankuasa Perhubungan Umno Pulau Pinang mahukan jawatan Pengerusi BN negeri itu yang diperuntukkan kepada Gerakan, diberikan kepada Umno yang mempunyai 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dua Parlimen berbanding dengan Gerakan.

Ia menyebabkan Gerakan membantah kerana berpendapat ia adalah dalam bidang kuasa Perdana Menteri sebagai Pengerusi BN untuk memutuskan perkara itu.

Ketika ini, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, adalah Pengerusi BN negeri.

Semalam, ketika bercakap kepada pemberita di satu majlis di Shah Alam, Najib berkata, cadangan Umno Pulau Pinang itu hanya adalah pandangan dan tidak lebih daripada itu.

"Sebarang keputusan yang akan diambil (berhubung perkara itu) akan dibuat atas semangat pemuafakatan BN," katanya. - Bernama


P/S :- Kalau dah nama BN tu kerja bergaduh ni memang perkara biasa.Dah ada masalah tu,ngaku je.Lepas tu pulak jangan duk sibuk hal orang lain.Ini duk kata PR selisih la,tak satu pendapat la.Tapi yang sebenarnya BN yang ada masalah besar.Kalau macam ni tak nampak juga sebagai pejuang MELAYU nya.Cakap tak serupa bikin!Hancur BN!

No comments: