Monday, December 21, 2009

Masuk akal ke?

Kehilangan enjin F-5E tak jejaskan skuadron 12 Scorpion TUDM: Panglima Angkatan Tentera

KUALA LUMPUR: Skuadron 12 Scorpion di Butterworth yang menempatkan pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), masih beroperasi seperti biasa meskipun dikaitkan dengan kehilangan satu daripada enjin pesawat jenis itu, kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin.

"Kehilangan enjin pesawat itu tidak menjejaskan operasi yang dikendalikan TUDM kerana kita mempunyai lebih 16 pesawat F-5E dan hanya tujuh buah yang digunakan untuk melakukan kerja taktikal," katanya selepas upacara perbarisan tahunan dan penyampaian hadiah Maktab Tentera Diraja di sini, hari ini.

Azizan berkata, meskipun kehilangan enjin itu disedari pada 2007, kes itu tidak boleh didedahkan kepada umum memandangkan beberapa tindakan serta siasatan yang turut membabitkan polis dilakukan secara dalaman terlebih dulu.

"Kita sudah melaporkan kehilangan pesawat itu pada tahun lepas, siasatan biasalah, memang mengambil masa yang lama," katanya.

Enjin berharga RM50 juta itu dilaporkan sudah dijual di luar negara. - Bernama

P/S :- 1.Kalau hilang tu pistol ke,senapang ke mungkin lah boleh maaf sebab kecik.Tapi ini enjin kapal terbang,besar dari kereta tu!

2.Siasatan kalau bab nak menjatuhkan PR memang cepat.Kalau bab ni memang lembab.Padahal kalau ikut akal,kes macam ni lagi senang nak dapat clue.Tapi terbalik pulak.

3.Dah jual kat luar negara?Hantar sana pakai apa?tak ada pulak ke kastam ke imigresen ke nak siasat?Pelik betul lah hal ni.Dulu Al-Maunah sekarang jet pulak.Tak tau lah Malaysia ni!

No comments: