Monday, December 21, 2009


Cyberita: Konvensyen Blogger PAS 2009, Harapan Dan Cabaran Buat Blogger Berjaya Menarik Lebih Lima Ratus Orang Peserta Dari Seluruh Negara !!

KUALA LUMPUR, 20 Dis [10.00 am] - Majlis pelancaran Kelab Blogger PAS telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato' Seri Hj.Abdul Hadi Awang (Presiden PAS) sebentar tadi. Kira-kira seramai 500 orang peserta telah menyertai Konvensyen Blogger PAS di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar dekat sini. Konvensyen sehari itu telah disertai oleh para blogger yang datang dari seluruh pelusuk negara. Pendaftaran peserta bermula seawal jam 8.00 pagi lagi. Sekitar jam 9.00 pagi program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad."Harapan Dan Cabaran Buat Blogger PAS", turut dibuka kepada blogger lain yang turut menyokong PAS. Pembentangan kertas kerja pertama bertajuk "Mengurus Potensi Media Baru Dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Menurut Perspektif Future Studies" dibuat oleh Prof Madya Dr.Abu Hassan Hasbullah (UM). Manakala kertas kerja kedua dibentang oleh Pengerusi Lajnah IT PAS Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin yang bertajuk "Blog Sebagai Arena Dakwah Dan Bukan Medan Fitnah". Ucaptama perasmian juga telah dilakukan oleh Presiden PAS sendiri.

No comments: