Tuesday, December 22, 2009

Hukum mereka!Jangan bagi peluang!(kalau berani la!)

'Pengkhianat negara jual enjin jet'


AZIZAN (kanan) menyampaikan hadiah kepada Penerima Anugerah Bekas Putera 2009, Pegawai Rendah Kanan, Chan Jun Win di Kem Perdana Sungai Besi, semalam.

Kesalahan tidak boleh dikompromi sama sekali

KUALA LUMPUR: Hukuman sebagai pengkhianat perlu dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam kehilangan enjin pesawat tempur, F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kerana perbuatan itu pengkhianatan terhadap negara.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin, berkata kesalahan mencuri dan menjual enjin itu kepada pihak luar amat serius, malah tidak boleh dikompromi sama sekali.

"Ia membawa implikasi cukup besar kepada negara, terutama dari segi keselamatan dan imej ATM sendiri.


"Justeru, hukuman keras perlulah diambil ke atas semua pengkhianat (negara) ini," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bagaimanapun, kehilangan enjin GE J85 21-A berharga RM50 juta itu, yang dipercayai didalangi 'orang dalam' Jabatan Logistik TUDM serta syarikat penyelenggaraan dilantik, hanya disedari akhir tahun lalu dan satu laporan polis dibuat Januari tahun ini untuk menyiasatnya.

Azizan berkata, identiti pihak yang bertanggungjawab, termasuk beberapa pegawai dan anggotanya sendiri sudah dikenal pasti untuk proses pendakwaan oleh Pejabat Peguam Negara.

"Kita berharap pihak terbabit dikenakan hukuman sekeras-kerasnya, setimpal dengan pengkhianatan dilakukan mereka kepada negara," katanya.

"Kita berharap kerjasama ini dapat membantu usaha membongkar lebih banyak penyelewengan dalam pasukan, yang banyak merugikan negara," katanya.

P/S :- Saya sokong 100%.Pengkhianat2 itu mesti dihukum.Tapi jangan lupa KEPALA BESARNYA masih ada lagi.Takkan anggota biasa berani bawa keluar enjin lepas tu jual kat luar negara?Prosedur dalam ATM ni kan kuat?Nak bawa keluar peluru sebiji pun hampir tak masuk akal,ini pulak enjin kapal terbang.Takkan tak ada orang yang persoal.Macamana enjin boleh keluar?Bila masa enjin ni dibawa keluar?Bawak dengan apa?Macam mana boleh jualsampai ke luar negara?Atas kebenaran sapa?Bukan setakat anggota biasa yang patut kena,menteri yang jaga ATM pada waktu tu pun patut bertanggungjawab.Sapa dia?Pakat pikir ramai-ramailah!

No comments: