Wednesday, December 23, 2009

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap lebih banyak kes penyelewengan peralatan ketenteraan berikutan penemuan maklumat baru kehilangan pelbagai kelengkapan, selain dua enjin jet tempur F-5E Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum ini.

Ia susulan pendedahan kehilangan dua enjin itu ketika proses penyelenggaraan rutin yang dilaporkan berlaku dua tahun lalu.

Malah, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak menolak kemungkinan lebih banyak kes penyelewengan akan dibongkar selepas ini.

"Selain dua enjin berkenaan, beberapa peralatan dan kelengkapan lain lesap. Kita sedang mengumpul maklumat lanjut berhubung perkara itu," katanya selepas menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan dan Keselamatan Sosial Maldives, Ameen Faisal, di sini semalam.

Beliau mengulas pendedahan akhbar ini semalam mengenai kehilangan satu lagi enjin pesawat F-5E ketika dihantar dari Skuadron Ke-12 Scorpion Butterworth untuk penyelenggaraan rutin di ibu negara pada 2007.


P/S :-Ingatkan 1 rupanya 2.Lepas tu pulak ada lagi barang lain yang hilang.Macamana kakitangan ATM ni buat kerja ni?Songlap duit ngan harta kerajaan ni!Hukum mereka dengan hukuman yang setimpal!

No comments: