Monday, December 7, 2009

Menteri Pelancongan minta media jangan buat spekulasi


KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menafikan tanggapan pelbagai pihak wujud pergeseran antara beliau dengan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib sehinggga menyebabkan timbalannya itu bertindak meletak jawatan.

Ng berkata hubungannya dengan Sulaiman adalah baik dan sentiasa bekerjasama rapat sejak beliau menerajui kementerian berkenaan tujuh bulan lalu.

Katanya, Sulaiman yang juga Ahli Parlimen Kota Samarahan mengambil keputusan meletak jawatan kerana masalah peribadi, dan peletakan itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan beliau.

P/S :- Eeemmmmm...Macam2 duk nafi.lepas tu bergaduh lagi.Nafi sekali,bergaduh lagi.itu je lah keje UMNO/BN ni.Tak nampak lagi ke?

No comments: